Takaful ialah konsep jaminan bersama yang berlandaskan kepada syariah Islam. Operasinya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Hal ini berbeza dengan sistem insurans konvesional, walaupun kejayaannya pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak Islam.
Walau bagaimanapun, oleh sebab pada suatu ketika dahulu, takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvensional adalah darurat. Namun Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, telah mengambil keputusan seperti berikut; Insuran nyawa (Life Insurance) sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
2. Mengandungi unsur judi.
3. Mengandungi muamalah riba.
Berdasarkan keputusan itu dan dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), maka penyertaan ke atas sistem insurans konvensional tidak lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara-perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan