Isnin, Disember 27, 2010

Apa persiapan anda menjelang tahun baru

Ahmad Baei Jaafar

Selepas menyambut Maal Hijrah baru-baru ini, kita bersiap-siap pula untuk menyambut tahun baharu Masihi, 2011. Kalau Maal Hijrah kita diingatkan tentang hijrah, tahun Masihi pula kita diingatkan dengan pakaian anak sekolah. Itulah realiti orang Melayu di negara ini.

Walaupun orang lain turut sebuk menguruskan hal itu, namun orang Melayu lebih nampak serius. Bukan serius kerana terlalu mengambil berat hal pendidikan anak-anak tetapi, baru gelabah mencari wang. Ada yang mengharapkan wang zakat, harapkan bonus kerajaan dan belas kasihan orang ramai.

Kenapa orang Melayu tidak membuat persiapan awal dari awal tahun lagi? Miskin sangatkah orang Melayu sehingga soal pendidikan anak terpaksa mengharapkan kerajaan dan bantuan zakat dan orang ramai? Bayangkan kalau sebulan seseorang bapa atau ibu boleh menyimpan RM10 sudah tentu pada akhir tahun sudah ada RM120. Rasanya jumlah itu cukup untuk membeli baju dan kasut serta peralatan sekolah anak-anak.

Sepatutnya orang Melayu tidak susah kerana Allah selalu memerintahkan mereka dengan solat dan mengeluarkan zakat. Dua ibadah itu adalah pakej yang wajib diutamakan oleh umat Islam. Orang Melayu yang beragama Islam pasti taat perintah Allah lalu mereka akan menunaikan solat dan berzakat. Soalnya bolehkah orang miskin mengeluarkan zakat?

Terfikirkah kita kalau Allah perintahkan orang Islam mendirikan solat, dan menunaikan zakat, maka wajiblah ditunaikan. Jadi, bagaimana orang Islam atau orang Melayu boleh mengeluarkan zakat kalau mereka miskin. Maknanya secara tidak langsung Allah perintah kita supaya menjadi orang kaya yang masing-masing boleh mengeluarkan zakat. Bayangkan kalau semua orang Islam kaya, semua orang Melayu banyak wang, akan berlakukan senario yang disebut di atas?

Kalaupun kita tidak jadi kaya, setidak-tidaknya kita pandai berjimat berbelanja dan pandai menabung. Menabung di mana? Bukankah kita ada Tabung Haji, kita ada bank, kita ada syarikat saham dan kita boleh sertai koperasi. Tetapi berapa ramai yang menabung dalam syarikat tersebut? Memang terlalu sedikit.

Hakikatnya ramai orang Islam tidak sedar atau terlepas pandang bahawa mereka seharusnya menabung dan tempat yang paling sesuai buat masa ini ialah di dalam syarikat takaful. Kenapa? Ya, dengan menyimpan di dalam syarikat takaful, mereka secara langsung mendapat tiga manfaat. Pertama menyimpan sekali gus melabur, kedua melakukan kebajikan dengan menyumbang khairat kepada peserta lain, dan yang akhir mendapat perlindungan harta dan pendapatan.

Bayangkan kalau semua orang Melayu berbuat begitu, bila anaknya ingin memasuki universiti, wang itu boleh digunakan sehingga tamat pengajian. Apatah lagi kalau bapa-bapa anak-anak tersebut telah menabung secara khusus untuk mereka dalam takaful. Selepas tamat ijazah pertama, boleh disambung lagi untuk membuat master.

Inilah yang tidak pernah difikirkan oleh ibu bapa semasa anak mereka masih kecil. Bila ditanya, kenapa tidak mahu menabung semasa anak itu masih kecil, katanya masih awal lagi. Nanti besar tahulah apa yang hendak dilakukan. Yalah, kena pinjam PTPTN. Jadi, kita telah mengajar anak kita supaya berhutang sejak bersekolah lagi.

Betapa zalimnya kita, ibu bapa termasuk saya. Semasa muda tidak sedar hal ini. Kita biarkan anak kita dalam keadaan terpaksa pinjam PTPTN. Atas kesedaran inilah saya pada hari ini mengajak anda kalian agar menabung dengan takaful dari sekarang. Sayangilah anak-anak sebelum anda tiada.

Anda ingin mendapatkan khidmat rundingan kewangan anda, hubungi saya segera.

Rabu, Disember 08, 2010

Apakah ini anda?

Ahmad Baei Jaafar

Masa depan, anda yang menentukannya. Sudahkah anda menyimpan wang untuk masa depan anda dan anak-anak anda.

Pada usia 21 – 30

Hendak menyimpan duit sekarang?

Ah! Gaji saya tidak mencukupi.

Ah! Masih banyak masa lagi dan saya mahu berseronok dulu.

Tunggulah dulu.

Pada usia 31 – 40

Simpan wang sekarang?

Keluarga saya makin bertambah. Inilah saja wang yang mampu saya sediakan untuk menyara mereka.

Tunggulah sedikit masa lagi, mungkin rezeki bertambah.

Pada usia 41 – 50

Menyimpan sekarang?

Anak-anak masih menuntut di kolej. Saya tak cukup wang malah kena pinjam wang untuk bayar yuran mereka. Oleh sebab itu saya kenalah tunggu lagi untuk menyimpan.

Pada usia 51 – 60

Menyimpan wang sekarang?

Saya kenalah tunggu kenaikan gaji dulu. Tapi biasanya orang-orang rajin saja yang diberi kenaikan gaji.

Cari kerja lain?

Siapa yang nak ambil saya bekerja di usia ini. Saya hanya boleh munggu dan mengharap.

Pada usia 61 – 70

Menyimpan sekarang?

Apalah yang hendak disimpan lagi. Wang pencen dan pemberian anak pun belum mencukupi. Saya terpaksa tunggu ihsan orang lain.

Semalam yang berlalu menjadi sejarah

Esok belum tentu datang menjanjikan kebaikan

Yang tinggal hanya hari ini untuk anda lakukan perancangan simpanan anda.

Di mana anda harus menyimpan

Bank/Tabung Haji/ASB

Jumlah (RM)

Takaful

Jumlah(RM)

Simpan setahun

2,400

Simpan setahun

2,400

Simpan selama 30 tahun

72,000

Simpan selama 30 tahun

95,464

Keuntungan/ Faedah

3 – 4 %

Keuntungan/Mudharabah

5.5 %

Meninggal dunia (pada 10 tahun simpan)

24,000

Meninggal dunia (10 tahun simpan)

86,000

Meninggal dunia (sebab kemalangan)

101,000

Lumpuh

86,000

Lumpuh (sebab kemalangan)

101,000

Didiagnos penyakit kritikal

10,000

Elaun masuk wad

70.00(1hari)

Pelepasan cukai pendapatan

6,000

Kalau anda simpan di dalam takaful sehingga tarikh matang selama 30 tahun, anda akan beroleh keuntungan RM 782.10 setiap tahun iaitu lebih 30 peratus daripada simpanan anda. Bolehkah keuntungan itu diperoleh jika disimpan dalam bank?

Lihat analisis keuntungan di atas:

Takaful RM 95,464

Bank RM 72,000

Bandingan RM 23,464

Untung setiap tahun – RM 23,464 dibahagikan dengan 30 tahun = RM 782.10

Jika anda rancang kewangan dengan sebaiknya, sinario di atas tidak mungkin akan berlaku kepada anda. Jadi, rancanglah dari sekarang. Saya boleh membantu anda ke arah itu. Sebagai perunding takaful, kami tidak mengenakan sebarang cas, semuanya percuma.