Rabu, April 21, 2010

Matlamat anda bersama takaful

Ahmad Baei Jaafar

Kalau kita menabung dalam takaful, boleh tak kita tamatkan bila tidak mampu atau kita keluarkan apabila perlu? Inilah soalan yang sering saya temui daripada orang ramai. Inilah persepsi orang Melayu dalam hal ini. Padahal kerajaan mewajibkan pekerja simpan dalam KWSP, tidak seorang pun yang berfikir untuk mengeluarnya. Kenapa? Matlamatnya jelas untuk masa tua.

Sebelum ini pernah dijelaskan tujuan mengambil takaful adalah untuk menabung jangka panjang sewaktu kita tidak mampu menyediakan pendapatan lagi. Selain menabung sumbangan bulanan atau tahunan kita itu juga untuk tabarruk, buat kebajikan membantu orang yang menimpa bencana.

Pada masa yang sama, sumbangan kita juga turut dilaburkan dalam perniagaan yang halal yang apabila ada untung, peserta beroleh 80 peratus dan 20 peratus untuk takaful. Kalau kita tahu tujuan itu, apakah wajar kita nak keluarkan bila-bila masa? Oleh sebab itu betulkan niat kita untuk menabung, tabarruk dan melabur untuk masa depan. Kalau tidak, cukuplah menabung dalam bank biasa sahaja.

Menabung dalam takaful perlukan disiplin barulah ada jaminan kewangan pada masa depan. Maka selain perlindungan yang disediakan, anda boleh merancang kewangan untuk mengerjakan haji, pendidikan anak-anak dan juga kesihatan keluarga.

Katalah anda berusia 30 tahun merancang hendak mengerjakan haji 15 lagi iaitu pada usia 55 tahun, maka dengan menyumbang RM15 sebulan, anda boleh keluarkan 80 peratus daripada akaun peserta. Jika anda keluarkan 10 ribu, anda seorang sudah boleh mengerjakan haji. Jika wang di tabung haji juga sudah mencukupi, sudah tentu isteri atau anak boleh mengerjakan haji juga.

Begitu juga kalau anda merancang untuk pendidikan anak-anak. Pada usia anak anda 18 tahun, sebahagiannya boleh dikeluarkan untuk pendaftaran memasuki IPTA/S. Jadi, anak anda boleh belajar tanpa hutang dengan sesiapa dalam tempoh pengajian. Tetapi kalau anda ada wang yang lebih besar, lebih baik dibuat tabungan khas untuk anak anda.

Perlu dijelaskan di sini, jika tabungan ini berterusan sehingga tempoh matangnya, tabungan anda akan bertambah setelah dicampur dengan kadar keuntungan pelaburan.

Berdasarkan penjelasan di atas, menabung dengan takaful dapat menyelesaikan dua matlamat muamalat Islam iaitu:

1. Menegakkan muamalat Islam

2. Meningkatkan ekonomi umat Islam.

Bayangkan kalau semua umat Islam dapat menyertai takaful, hakikatnya mereka telah melaksanakan hukum fardhu kifayah dalam muamalat. Walaupun kita tidak berbakat dalam perniagaan, tetapi dengan penyertaan anda dalam takaful, anda sudah bermuamalat.

Jika anda sedar akan kepentingan muamalat ini, apa ditunggu lagi. Ayoh kita bersama bermuamalat. Dapatkan perunding takaful anda yang terdekat bagi mendapat nasihat daripadanya secara percuma.

Sabtu, April 10, 2010

Kenapa anda perlu memilih takaful

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

  • Menjaga kebajikan sosial
  • Mewujudkan keharmonian sosial
  • Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri-Ciri Takaful

Takaful mempunyai empat ciri-ciri yang jelas sebagaimana yang dikehendaki Islam.

· Tiada unsur riba;

· Tiada unsur maisir (judi);

· Tiada unsur gharar;

· Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)

Konsep Tabarru'

Setiap peserta takaful akan saling membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Kebajikan ini dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Tabung tabarru' akan dikeluarkan untuk membayar kepada peserta yang memerlukan.

  • Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan/Membuat Derma Bersyarat/Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
  • Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
  • Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
  • Dengan konsep tabarru', unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
  • Daripada tabung tabarru' itulah manfaat dibayar.
  • Melalui tabarru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
  • Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa takaful bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
  • Wujudnya tabarru' menyebabkan peserta boleh sama-sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
  • Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
  • Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dengan insurans.


Konsep Al-Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

  • Mudharabah bermaksud perkongsian untung
  • Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
  • Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah berbeza daripada musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
  • Mudharabah dibenarkan oleh agama
  • Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
  • Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
  • Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
  • Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

Berdasarkan cirri-ciri dan konsep yang diperkenalkan dalam takaful, umat Islam seharus sama-sama menyertai takaful. Kita mungkin tidak ada masa untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain, tetapi dengan menyertai takaful, kita boleh menyumbang walaupun kita tidak sedar.

Dapatkan temujanji anda dengan perunding takaful etiqa yang terdekat untuk menjadi peserta. Jangan tangguh kerana masa yang berlalu akan mengurangkan masa kita untuk bertabarru’.

Jumaat, April 09, 2010

Bolehkah anda menabung, menolong orang dan melabur serentak?

Ahmad Baei Jaafar

Seorang Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid al-Mukarramah, Seri Damansara diumumkan telah meninggal dunia setelah menderita sakit kencing manis kritikal. Semua jemaah yang menunggu untuk memulakan solat Jumaat kelihatan sedih lebih-lebih lagi mereka yang sama-sama menyumbang derma untuk rawatannya sejak dua minggu lalu.

“Tuan-tuan jemaah sekalian, seorang AJK masjid kita menderita sakit kencing manis dan disahkan doktor untuk dipotong kakinya, tetapi beliau memilih untuk membuat rawatan di Terengganu (yang tidak perlu potong kaki) dan untuk itu beliau memerlukan RM10 ribu lagi,” kata bilal sebelum mengalunkan azan.

Tiba-tiba pada hari ini, bilal sekali lagi mengumumkan pemergian Allahyarham dan wang derma yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM12 ribu telah diserahkan kepada isterinya. Keprihatinan jemaah dalam hal ini memang terpuji, tetapi kelambatan untuk mengumpulkan sejumlah wang yang diperlukan itu amat dikesalkan.

Sememangnya malang itu kita tidak mahu tetapi siapa yang boleh mengelak daripada berlaku terhadap diri kita. Siapakah dalam kalangan kita yang tahu bila kita akan berlaku kemalangan atau sakit yang kritikal. Walaupun kita pada hari ini sudah mengidap sakit tiga serangkai, tahukah kita bagaimana kesudahan kita, dalam keadaan senang atau menyusahkan keluarga.

Jika berlaku seperti peristiwa di atas, bukan sahaja keluarga malah orang ramai boleh menolong tetapi adakah menepati keperluan kita? Jika suami meninggal dunia, isteri dan anak akan hidup ala kadar bergantung kepada bantuan orang ramai. Lainlah kalau isterinya ada pekerjaan atau anak-anak sudah bekerja.

Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan, keadaan ini adalah lebih baik daripada ditinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.” (Riwayat Bukhari)

Keadaan di atas mungkin boleh menjadi sebaliknya jika suami dan isteri telah menyediakan tabungan yang secukupnya semasa mereka senang. Wang gaji yang sebahagiannya dicarumkan dalam KWSP, Tabung Haji, dan ASB. Semua itu mungkin boleh membantu masa depannya dan keluarganya. Tetapi berapa banyak yang boleh disimpankan jika berlaku perkara yang tidak diingini dalam tempoh bekerja. Mungkin tabungan akan terhenti sebelum jumlah yang sepatutnya terkumpul.

Kalau gaji anda RM4000 sebulan, anda simpan/melabur 10% RM400, belanja RM 1000, minyak dan tol RM 1000 dan selebihnya bagi melangsaikan hutang bulanan, bolehlah diteruskan kehidupan jika tiba-tiba anda hilang pekerjaan. Pada masa yang sama juga anda jatuh sakit, maka bagaimana anda harus mendapatkan wang untuk merawat. Mungkin apa yang anda simpan dan labur itu boleh digunakan. Tetapi cukupkah?

Di sini cuba anda renung sejenak, kalau kita beli kereta, kita akan beli insurans. Kenapa? Memang ada yang menjawab telah diwajibkan kerajaan. Tapi kebanyakannya menjawab untuk melindungi kereta, kerana kereta adalah barang kesayangannya. Rumah dan barang dalam rumahnya yang berharga turut diinsuranskan. Tetapi berapa ramai yang menginsuranskan dirinya sendiri? Apakah dirinya tidak termasuk dalam barang berharga? Ya, orang Islam akan menjawab, insurans adalah haram.

Alhamdulillah kini sudah ada takaful, yang memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada insurans. Adakah alasan lagi untuk kita tidak mengambilnya?

Bagaimana kalau anda mencarumkan dalam takaful dalam jumlah tertentu dan tempoh tertentu, anda sebenarnya telah melakukan tiga perkara baik; menabung, membantu ahli yang memerlukan dan khairat kematian. Dengan cara ini bukan sahaja anda tidak kehilangan wang, dan beroleh pahala membantu orang lain, malah wang khairat anda akan meringankan bebanan keluarga yang anda tinggalkan.

Perhatikan carta berikut:

Sumbangan bulanan

RM150

RM100

Tabung khairat kematian biasa

RM87,100.00

RM55,800.00

Tabung hilang upaya biasa

RM87,100.00

RM55,800.00

Tabung khairat kematian kemalangan

RM107,100.00

RM70,800.00

Tabung hilang upaya kemalangan

RM107,100.00

RM70,800.00

Tabung penyakit kritikal

RM20,000.00

RM15,000.00

Pampasan kemalangan

RM20,000.00

RM15,000.00

Elaun harian hospital

RM100.00

RM80.00

Merujuk kepada AJK masjid di atas, kalau dia beringat semasa muda, dengan menabung atau mencarum RM100 sahaja dia boleh mendapat RM15,000.00, selain elaun hospital dan khairat kematian. Jadi, anda yang belum tahu masa depan anda, segeralah menabung dengan takaful.

Akhirnya sebagai renungan, siapa sangka Din Beramboi boleh meninggal dalam keadaan apa yang saksikan baru-baru ini. Mungkin ramai yang bersimpati dengannya akan menyumbang derma untuk biaya kos hospital, perkebumian. Bagaimana dengan isteri dan anak-anak? Siapa yang akan membantu mereka untuk meneruskan kehidupan jika Din tidak meninggalkan sesuatu untuk mereka.

Yang pasti, isteri akan bekerja semula untuk meneruskan kehidupan. Dialah bapa dan ibu untuk anak-anaknya. Inilah yang dimaksudkan dengan hadis di atas. Jadi, segeralah dapatkan perunding takaful di tempat anda secara percuma.

Isnin, April 05, 2010

Bagaimana menabung untuk jaminan kewangan anda?

Ahmad Baei Jaafar

Tadi saya berjumpa dengan kawan lama yang dulunya bukanlah hebat sangat dalam pelajaran. Tetapi kini, dia rupanya dalam kedudukan yang agar berjaya namun tetap sederhana. Dia berniaga sendiri yang bermula daripada kecil-kecilan. Setelah berbual mesra, saya bertanyakan rahsia kejayaannya.

Katanya dia sangat istiqamah dalam menabung untuk masa depannya dan keluarganya dari awal perniagaannya. Sebahagiannya dibuat modal bagi menambah rangkaian perniagaannya. Rezekinya agak murah lalu boleh dilakukan apa yang dia mahu.

Alhamdulillah daripada penjelasannya dia memang membuat persiapan awal untuk pendidikan anak-anaknya. Tetapi di mana dia menabung?

“Sudah berapa tahun menabung?” soalan saya.

“Sejak anak pertama dilahirkan” jawabnya.

“Di mana menabung?”

“Di Bank Islam,” Jawabnya.

Kagum saya dengan usahanya demi masa depan anaknya.

Bayangkan kalau sebulan dia menabung sebanyak RM100 x 12 x 18 = RM21 600

Kalau dia menyimpan di Bank Islam mungkin dividennya berjumlah RM500 ke RM 700. Tentu wang itu boleh digunakan untuk pendataran masuk Universiti dan persiapan lain untuk ke menara gading itu. Tetapi, apakah jaminan dia boleh menabung sebaik itu sehingga 18 tahun itu?

Kalau kita ada bisnes, bolehkah kita memberi jaminan akan terus maju dan meningkat. Kalau dia seorang pekerja yang baik, bolehkah ada jaminan bahawa dia boleh kekal di sini dan terus dinaikkan gaji. Banyak kemungkinan boleh berlaku; kena buang kerja atau kena potong gaji atau bisnes tidak maju lalu keuntungan merosot.

Apa kata kalau dalam rancak menabung, tiba-tiba pada usia anak itu 12 tahun dia kemalangan dan hilang upaya kekal, tentu jumlah tabungan yang diharapkan tidak tercapai. Ketika itu, pelajaran anaknya mungkin akan tergendala. Inilah risiko yang kita tidak mahu terjadi.

Tahukah anda dengan pelan takaful risiko itu boleh diatasi.

Simpanan biasa

Simpanan takaful

Manfaat

Simpanan setahun 100X12= RM1,200

Simpanan setahun RM 1,200


Simpanan hingga 21tahun RM24,000

Simpanan 21 tahun RM26,731

Lebih RM2,731

Jika pembayar meninggal dunia, tabungan terhenti setakat hari itu

Takaful mengambil tanggungjawab melunaskan jumlah yang baki hingga tarikh matang.



Jika anak meninggal dunia

Waris dapat RM77,612


Jika anak lumpuh, hilang upaya kekal

Waris dapat RM77,612 untuk biaya rawatan


Elaun masuk hospital

Sehari RM30


Anugerah intelek untuk UPSR, PMR, SPM

RM500 hingga RM1,000

Malang tidak berbau, walaupun kita tidak mahu berlaku kemalangan, namun semua itu tidak boleh dihalang daripada berlaku. Tetapi jika anak kita berjaya memasuki universiti, tabungan yang disediakan oleh anda boleh menjamin pelajaran anak anda terus cemerlang. Pada usia 18 tahun wang tabung boleh digunakan untuk pendaftaran seterusnya hingga tamat pengajian.

Umur mula menyumbang

Sebulan RM100

Umur 1 tahun

RM 35,200

Umur 2 tahun

RM 32,700

Umur 3 tahun

RM 30,300

Umur 4 tahun

RM 27,900

Umur 5 tahun

RM 25,700

Untuk membolehkan kewangan untuk membiayai pembelajaran di IPT mencukup maka sewajarnya anda menabung untuk anak anda di usia awal lagi. Jika dilewatkan, dibimbangkan wang itu tidak cukup untuk menampung kos pengajian di IPT yang semakin meningkat setiap tahun.

Jadi, dapatkan perunding takaful yang berhampiran anda untuk mendapatkan nasihat secara percuma.