Ahmad Baei Jaafar
Mereka yang setiap tahun wajib membayar cukai pendapatan sama ada dalam jumlah yang baik atau sedikit menunjukkan mereka orang yang mampu. Pendapatan mereka lebih daripada had kemampuan mengeluarkan cukai. Kalau anda rasa wang yang hendak dikeluarkan itu terlalu banyak, ingin saya cadangkan kepada anda supaya mengambil takaful sama ada untuk diri, isteri dan anak-anak atau paling kurang untuk diri sendiri.
Kenapa? Daripada anda membayar sejumlah besar adalah lebih baik anda menabung dalam takaful yang pastinya wang itu menjadi milik anda. Pada masa yang sama anda akan dilindungi oleh rakan-rakan takaful jika berlaku musibah. Dan kalau tidak anda setiap hari menyumbang kebajikan kepada mana-mana ahli takaful yang sakit atau mati.
Bukan itu sahaja, nanti apabila anda hendak mengisi borang cukai pendapat, sumbangan tahunan dalam takaful itu perlu dimasukkan dalam borang itu. Saya percaya dengan jumlah itu, anda tidak perlu membayar cukai pendapatan lagi atau setidak-tidaknya cukai yang dibayar tidak banyak. Inilah pendekatan yang baik harus anda ambil.
Selain itu, wang yang disimpan dalam takaful ini telah dikeluarkan zakat oleh pihak takaful bagi pihak anda. Maka peserta tidak perlu fikirkan kadar yang perlu dikeluarkan zakat setiap tahun. Namun, setiap peserta takaful sudah melakukan ibadah zakat.
Berdasarkan manfaat itu, ingin saya mencadangkan kepada sesebuah syarikat perniagaan yang turut menggajikan pekerja supaya mengambil takaful untuk mereka. Kalau ini dapat dilakukan nescaya majikannya juga boleh mendapat manfaat daripada takaful ini. Bagaimana?
Jika mereka mengambil takaful untuk pekerjanya, mereka juga boleh menolak cukai pendapatan. Minggu lepas sebuah kedai membuat roti di sini, telah mengambil takaful untuk pekerjanya. Pengalaman majikan pekerja ini bolehlah anda contohi bagi mengurangkan kadar cukai pendapatan syarikat.
Selepas mendapat rundingcara dengan perunding takaful, dia telah mengambil keputusan untuk menyumbang separuh daripada sumbangan sebenar iaitu separuh lagi dikongsikan dengan pekerjanya mengambil takaful. Dengan ini kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.
Faedah untuk pekerjanya, kalau berlaku apa-apa kemalangan semasa bekerja, mereka dilindungi. Pada masa yang sama wang itu menjadi simpanan untuknya. Tetapi bagi syarikat itu juga ada manfaatnya iaitu boleh ditolok cukai pendapat. Bayangkan kalau 5 orang pekerja dibayar olehnya, boleh jadi tahun itu dia tidak perlu bayar cukai pendapat.
Pada pendapat anda apakah usaha ini tidak baik? Jadi, siapapun anda, saya suka mencadangkan supaya mengambil takaful yang tujuannya sudah jelas seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini. Saya berasa syukur kerana setiap hari saya dapat membantu umat Islam dalam hal ini.
Anda bila lagi?