Rabu, Februari 29, 2012

Rebut 5 perkara sebelum 5 perkara

Rasulullah s.a.w., bersabda yang maksudnya: "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu dan keadaanmu yang berada sebelum datangnya faqirmu, keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu." (Riwayat Tirmizi daripada `Amr bin Maimun al-Audi r.a)

Hadis ini sering dikaitkan dengan kematian dan nasib kita diakhirat kelak, tetapi ramai yang tidak sedar betapa hadis ini juga untuk kehidupan. Bagaimana?

1. Keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu

Masa muda kita boleh buat kerja, cari duit, simpan duit, simpan harta. Boleh keluar zakat dan tolong orang. Bila sudah tua, tidak ada kerja, tak ada pendapatan, maka simpanan itu boleh digunakan pada waktu itu.

Tetapi bagaimana kalau masa muda, tak buat kerja betul-betul, tak cari duit sungguh-sungguh, duit ada dibelanja habis-habisan, tiada harta dan simpanan, bagaimana ketika tua nanti? Mungkin menyusahkan orang lain itu pun kalau ada orang nak tolong.

2. Keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu

Masa sihat kita boleh buat kerja, banyakkan harta untuk sara hidup diri dan keluarga. Boleh simpan wang dan buat pelaburan untuk masa depan. Apabila sakit harta itu boleh digunakan untuk merewat sekali gus tidak menyusahkan keluarga dan orang lain.

Tetapi kalau semasa sihat tidak mahu kerja sungguh-sungguh, tidak mahu menyimpan wang dan harta, apa akan terjadi kalau sakit. Tentu akan menyusahkan orang lain, isteri, anak-anak dan keluaga lain. Berapa lama mereka nak tolong kita dalam keadaan itu?

3. Keadaanmu yang berada (kaya) sebelum datangnya faqirmu

Masa berpeluang jadi kaya, wang itu dilaburkan untuk masa depan selain menabung. Wang yang banyak boleh dikeluarkan ibadah zakat dan menolong orang susah. Bila tiba masa faqir yang tidak dijangkakan tentu ada orang lain yang bersimpati kepada kita dan akan menolong seketika yang mampu oleh mereka.

Tetapi kalau waktu kaya, tidak beringat untuk menyimpan dan melabur, tidak buat kebajikan dan keluar zakat, bolehkah waktu miskin orang lain membantunya?

4. Keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu

Masa lapang boleh digunakan untuk buat apa sahaja untuk hidup. Duit boleh masuk dan menjadi dana untuk masa depan yang tidak dijangkakan. Bila tiba waktu sebuk, tak sempat untuk buat kerja untuk menambahkan kewangan, tak sempat hendak buat kebajikan, wang yang masih tersimpan itu boleh digunakan.

Tetapi bagaimana kalau waktu lapang itu dibiarkan berlalu, bolehkah wang masuk dan bolehkah kita buat kebajikan? Bila waktu sebuk tentulah lebih-lebih lagi tidak boleh buat apa-apa. Nanti kita akan menyesal tak sudah-sudah.

5. Keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu.

Waktu masih hidup tentulah kita boleh buat kerja semahunya. Boleh tambah harta dan wang untuk masa depan. Boleh menyara diri dan keluarga selain menyumbang kepada orang yang memerlukan. Apabila kita mati, semua itu menjadi harta pusaka yang boleh dimanfaatkan oleh waris. Jadi mereka tidak susah untuk teruskan kehidupan.

Tetapi bagaimana kalau waktu hidup tidak menyimpan dana tertentu, tiada tabungan dan harta, tentu waktu meninggal dunia tiada harta pusaka yang boleh diwariskan. Waris yang tinggal akan hidup susah untuk memulakan kehidupan yang baru. Sedangkan Rasulullah bersabda yang antara lain maksudnya: "Jangan kamu tinggalkan keluargamu dalam keadaan meminta-minta.”

Melihat senario di atas, alangkah baiknya kalau semua umat Islam membuat persiapan dengan menyimpan dalam syarikat takaful. Dengan sekali simpan dapat tiga peluang telah tersedia untuk kita iaitu:

1. Buat kebajikan – tabarruk

2. Membuat perlindungan

3. Buat tabungan – KWSP kedua

Contoh bandingan tabungan dengan institusi selain takaful

Bank/Tabung Haji/ASB

Jumlah (RM)

Takaful

Jumlah (RM)

Simpan setahun (sebulan RM100)

2,400

Simpan setahun (sebulan RM100)

2,400

Simpan selama 30 tahun

72,000

Simpan selama 30 tahun

95,464

Keuntungan/ Faedah

3 – 4 %

Keuntungan/Mudharabah

5.5 %

Kalau kita meninggal dunia (pada 10 tahun simpan) simpanan terhenti

24,000

Meninggal dunia (10 tahun simpan) sudah ada pelindungan

86,000

Meninggal dunia (sebab kemalangan)

101,000

Lumpuh

86,000

Lumpuh (sebab kemalangan)

101,000

Didiagnos penyakit kritikal

10,000

Elaun masuk wad

70.00(1hari)

Pelepasan cukai pendapatan

6,000

Kalau anda simpan di dalam takaful sehingga tarikh matang selama 30 tahun, anda akan beroleh keuntungan RM 782.10 setiap tahun iaitu lebih 30 peratus daripada simpanan anda. Bolehkah keuntungan itu diperoleh jika disimpan dalam bank?

Lihat analisis keuntungan di atas:

Takaful RM 95,464

Bank RM 72,000

Bandingan RM 23,464

Untung setiap tahun - RM 23,464 dibahagikan dengan 30 tahun = RM 782.10

Oleh sebab itu rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Jangan sesali setelah datang 5 perkara itu. Hubungi saya, Ahmad Baei segera, 017-8844013 untuk dapatkan bantuan.