Sabtu, Februari 28, 2009

Buliten masjid dakwah berkesan

Fikrah Sama Gagah memperlawa kepada nazir-nazir masjid atau pengerusi surau yang mengadakan solat Jumaat satu perkhidmatan menerbitkan buliten mingguan pada setiap hari jumaat. Dalam buliten itu boleh dimuatkan ilmu untuk pembacaan ahli kariah yang melakukan solat Jumaat. Selain itu boleh dimuatkan iklan kegiatan masjid atau memberi ruang iklan kepada mana-mana syarikat umat Islam di sekitar masjid. Semua itu ditentukan pihak masjid dan kami akan menyediakan bahan ilmu jika diserahkan kepada kami.
Masjid dan surau yang berminat boleh hubungi kami untuk mendapat maklumat lanjut.

Khamis, Februari 26, 2009

Tawaran Perkhidmatan

Assalamualaikum wm bt, Muslimin dan Muslimat sekalian, bagi memenuhi masa yang terluang saya bersedia untuk memberikan beberapa perkhidmatan berikut:
1. Membuat buletin mingguan untuk masjid atau surau yang akan disebarkan maklumat kepada umat Islam pada setiap hari Jumaat. Mana-mana masjid yang mahu mewujudkan buletin tersebut boleh hubungi saya.
2. Menyediakan khidmat editing dan layout untuk sebarang urusan termasuk membuat kad jemputan.
3. Menerima jemputan untuk mengadakan ceramah agama dan kelas fardhu ain.
4. Memberi khidmat kaunseling atau perunding keluarga Islam.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui blog ini dalam ruang ulasan atau talian telefon bimbit 017-8844013.

Ahad, Februari 15, 2009

Kenapa orang Islam ketinggalan

Ada orang tanya, mengapa umat Islam sering ketinggalan dalam semua bidang. Sedangkan orang bukan Islam terus maju.

Menjawab persoalan itu, terdapat beberapa pandangan yang menyalahkan peribahasa Melayu "Beras secupak tak kan jadi segantang". Kata mereka, peribahasa itu menyebabkan umat Islam tidak mahu berkerja bersungguh-sungguh kerana sekuat manapun berkerja, rezeki sudah ditentukan secupak sahaja.
Ada juga yang berkata umat Islam tidak boleh bekerja kuat kerana sabda Rasulullah: "Dunia pada orang mukmin seperti penjara dan syurga pada orang kafir." Jadi umat Islam tidak boleh hidup bebas seperti orang kafir. Dengan orang Islam tetap ketinggalan.
Ada juga pendapat yang menyatakan umat Islam terlalu ditakut-takutkan dengan neraka, sehingga mereka tidak berani untuk melakukan perubahan untuk kebaikan mereka. mereka terpaksa hidup dengan apa yang ada.
Apakah pandangan anda dalam hal ini? kita boleh bincang bersama.
Sabda Rasulullah:

Sabtu, Februari 14, 2009

Assalamualaikum wm bh. anda yang ada masalah agama atau ingin berkongsi pengalaman dan masalah boleh hubungi saya melalui blog ini untuk kita selesaikan bersama. Terima kasih.