Ahmad Baei Jaafar
Tadi saya berjumpa dengan kawan lama yang dulunya bukanlah hebat sangat dalam pelajaran. Tetapi kini, dia rupanya dalam kedudukan yang agar berjaya tetapi sederhana. Dia berniaga sendiri yang bermula daripada kecil-kecilan. Setelah berbual mesra, saya bertanyakan rahsia kejayaannya.
Katanya dia sangat istiqamah dalam menabung untuk masa depannya dan keluarganya dari awal perniagaannya. Sebahagiannya dibuat modal bagi menambah rangkaian perniagaannya. Rezekinya agak murah lalu boleh dilakukan apa yang dia mahu.
Alhamdulillah daripada penjelasannya dia memang membuat persiapan awal untuk pendidikan anak-anaknya. Tetapi di mana dia menabung?
“Sudah berapa tahun menabung?” soalan saya.
“Sejak dilahirkan” jawabnya.
“Di mana menabung?”
“Di Bank Islam,” Jawabnya.
Kagum saya dengan usahanya demi masa depan anaknya.
Bayangkan kalau sebulan dia menabung sebanyak RM100 x 12 x 18 = RM21 600
Kalau dia menyimpan di Bank Islam mungkin dividennya berjumlah RM500 ke RM 700. Tentu wang itu boleh digunakan untuk pendataran masuk Universiti dan persiapan lain untuk ke menara gading itu. Tetapi, di sini timbul persoalan di hati saya, apakah dia mempunyai jaminan boleh menabung sebaik itu sehingga 18 tahun itu.
Kalau kita ada bisnes, bolehkah kita jamin akan terus maju dan meningkat. Kalau dia seorang pekerja baik, bolehkah ada jaminan dia boleh kekal di sini dan terus dinaikkan gaji. Banyak kemungkinan boleh berlaku; kena buang kerja atau kena potong gaji atau bisnes tidak maju lalu keuntungan merosot.
Kalau di pertengahan dia rancak membayar, tiba-tiba pada usia anak itu 12 tahun dia meninggal dunia, tentu jumlah di atas itu tidak tercapai. Pelajaran anaknya mungkin akan tergendala. Inilah risiko yang kita tidak mahu berlaku. Tetapi bolehkah kita menghalangnya. Tentulah tidak boleh sebab semuanya telah berlaku dengan takdir Allah.
Di kesempatan itu saya cuba membantunya bagi mengelak risiko. Saya nyatakan kepadanya bahawa keadaan dan risiko di atas dapat diatasi kalau kita membuat simpanan dan pelaburan dalam etiqa takaful. Selain mendapat perlindungan, manfaat hospital, wang kita tidak habis malah bertambah kerana sebahagian besar wang itu dilaburkan.
Malang tidak berbau tetapi jika pembayar kemalangan, lalu hilang upaya, sumbangan bulanannya akan ditanggung oleh takaful. Ertinya semuanya akan berjalan seperti yang dipersetujui sehingga matang. Malah jika pembayar atau peserta itu meninggal dunia, sudah disediakan khairat kematian untuk warisnya.
Selain itu jika peserta yang tiba-tiba hilang sumber pendapatan setelah lebih enam tahun menyertainya, sumbangan bulanannya juga akan dicover sehingga tempoh matangnya. Walau bagaimanapun jika belum sampai enam tahun menyumbang, jumlah yang terkumpul akan dikembalikan bersama keuntungan yang diperoleh setakat itu.
Di sini saya menasihatkan semua pihak agar menyimpan, melabur dan mendapat perlindungan melalui etiqa takaful. Segala urusan anda menjadi mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan