Rabu, Februari 02, 2011

Tidak mahu sakit tapi tidak boleh elak sakit

Semua orang tidak suka sakit. Bahkan setiap orang bersyukur kerana tidak sakit. Baguslah kalau kita tidak mengidap serangan jantung. Tidak ada yang menghidap kenser atau barah, alhamdulillah. Tetapi apakah kita boleh menjamin tidak akan sihat selama-lamanya?

Baru-baru ini kawan saya, selalu dilihat berjemaah di masjid, tidak nampak pun dia sakit. Apatah lagi usia baru 30-an. Tubuhnya, gemuklah sikit tetapi semua orang tidak tahu yang dia ada penyakit. Rupanya seusia itu sudah ada tanda-tanda sakit jantung. Malang tidak berbau, sewaktu dia pergi ke masjid, tiba-tiba dia jatuh dan terus dibawa ke hospital. Kemudian disahkan meninggal dunia.

Daripada peristiwa itu, saya ingin mengajak kawan-kawan dan sahabat handai, sebelum kita disahkan sakit marilah kita menyediakan perlindungan untuk penyakit kritikal. Dengan sedikit sumbangan kita dalam takaful, kita dilindungi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Mungkin kita tidak mahu meninggal dunia waktu muda, tetapi kalau kita sakit dan dimasukkan dalam wad, kita akan diberi elaun hospital setiap hari. Tetapi kalau kita meninggal dunia, waris yang ditinggalkan tidak akan susah masa depan mereka walaupun masih bersedih dengan takdir Allah itu. Hal ini kerana sumbangan RM1,000 segera disediakan untuk urusan jenazah.

Selain itu waris akan mendapat pampasan atas kematiannya. Pampasan itu boleh digunakan untuk membayar hutang allahyarham, boleh juga dibuat haji badal untuknya dan bakinya untuk meneruskan kehidupannya dan anaknya. Bolehkah waris lakukan semua itu kalau allahyarham tidak menyumbang dalam takaful semasa sihatnya?

Anda jangan bimbang kerana takaful melindungi 36 penyakit kritikal. Apabila anda disahkan sakit yang bertarafkan kritikal oleh doktor pakar yang dilantik, anda boleh menuntut wang yang dijanjikan. Dan wang itu boleh digunakan kemudian untuk membayar kos perubatan.

Saya percaya kalau anda tahu menilai kepentingan kewangan, kesihatan dan masa depan anak dan isteri, sumbangan anda setiap bulan dalam takaful amatlah tidak membebankan. Apa pandangan anda? Masih tidak mahu? Nak tunggu bila? Setelah sakit atau setelah mati?

Jika anda masih mahu memikirkan lagi, lihatlah jadual sumbangan dan manfaat berikut:

Sumbangan Bulanan

RM500

RM300

RM150

RM100

Tabung Khairat Kematian Biasa

RM305,700.00

RM178,200.00

RM87,100.00

RM55,800.00

Tabung Hilang Upaya Kekal

RM305,700.00

RM178,200.00

RM87,100.00

RM55,800.00

Tabung Khairat Kemalangan

RM365,700.00

RM218,200.00

RM107,100.00

RM70,800.00

Tabung Hilang Upaya Kemalangan

RM365,700.00

RM218,200.00

RM107,100.00

RM70,800.00

Tabung Penyakit Kritikal

RM60,000.00

RM40,000.00

RM20,000.00

RM15,000.00

Pampasan Kemalangan

RM60,000.00

RM40,000.00

RM20,000.00

RM15,000.00

Elaun Harian Hospital

RM200.00

RM150.00

RM100.00

RM80.00

Pulangan Matang

RM248,800.00

RM145,000.00

RM70,900.00

RM45,400.00

Kiraan ini berdasarkan sumbangan selama 30 tahun. Jika sumbangan kurang dari 30 tahun, tabungannya akan menjadi kurang daripada kadar yang tercatat di sini.

Selasa, Januari 18, 2011

Ambil takaful, boleh tolak cukai pendapat

Ahmad Baei Jaafar

Mereka yang setiap tahun wajib membayar cukai pendapatan sama ada dalam jumlah yang baik atau sedikit menunjukkan mereka orang yang mampu. Pendapatan mereka lebih daripada had kemampuan mengeluarkan cukai. Kalau anda rasa wang yang hendak dikeluarkan itu terlalu banyak, ingin saya cadangkan kepada anda supaya mengambil takaful sama ada untuk diri, isteri dan anak-anak atau paling kurang untuk diri sendiri.

Kenapa? Daripada anda membayar sejumlah besar adalah lebih baik anda menabung dalam takaful yang pastinya wang itu menjadi milik anda. Pada masa yang sama anda akan dilindungi oleh rakan-rakan takaful jika berlaku musibah. Dan kalau tidak anda setiap hari menyumbang kebajikan kepada mana-mana ahli takaful yang sakit atau mati.

Bukan itu sahaja, nanti apabila anda hendak mengisi borang cukai pendapat, sumbangan tahunan dalam takaful itu perlu dimasukkan dalam borang itu. Saya percaya dengan jumlah itu, anda tidak perlu membayar cukai pendapatan lagi atau setidak-tidaknya cukai yang dibayar tidak banyak. Inilah pendekatan yang baik harus anda ambil.

Selain itu, wang yang disimpan dalam takaful ini telah dikeluarkan zakat oleh pihak takaful bagi pihak anda. Maka peserta tidak perlu fikirkan kadar yang perlu dikeluarkan zakat setiap tahun. Namun, setiap peserta takaful sudah melakukan ibadah zakat.

Berdasarkan manfaat itu, ingin saya mencadangkan kepada sesebuah syarikat perniagaan yang turut menggajikan pekerja supaya mengambil takaful untuk mereka. Kalau ini dapat dilakukan nescaya majikannya juga boleh mendapat manfaat daripada takaful ini. Bagaimana?

Jika mereka mengambil takaful untuk pekerjanya, mereka juga boleh menolak cukai pendapatan. Minggu lepas sebuah kedai membuat roti di sini, telah mengambil takaful untuk pekerjanya. Pengalaman majikan pekerja ini bolehlah anda contohi bagi mengurangkan kadar cukai pendapatan syarikat.

Selepas mendapat rundingcara dengan perunding takaful, dia telah mengambil keputusan untuk menyumbang separuh daripada sumbangan sebenar iaitu separuh lagi dikongsikan dengan pekerjanya mengambil takaful. Dengan ini kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

Faedah untuk pekerjanya, kalau berlaku apa-apa kemalangan semasa bekerja, mereka dilindungi. Pada masa yang sama wang itu menjadi simpanan untuknya. Tetapi bagi syarikat itu juga ada manfaatnya iaitu boleh ditolok cukai pendapat. Bayangkan kalau 5 orang pekerja dibayar olehnya, boleh jadi tahun itu dia tidak perlu bayar cukai pendapat.

Pada pendapat anda apakah usaha ini tidak baik? Jadi, siapapun anda, saya suka mencadangkan supaya mengambil takaful yang tujuannya sudah jelas seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini. Saya berasa syukur kerana setiap hari saya dapat membantu umat Islam dalam hal ini.

Anda bila lagi?

Rabu, Januari 12, 2011

Kenapa anda perlu sentiasa bawa tayar ganti

Ahmad Baei Jaafar

Sewaktu pulang ke rumah siang tadi saya ternampak sebuah kereta tunda yang sedang menunda kereta kancil, secara tiba-tiba berhenti. Rupanya tayar keretanya pancit. Saya tidak dapat nak bayangkan bagaimana kereta yang digunakan untuk menolong orang juga ada masalah. Sebelum ini saya juga pernah berjumpa sebuah van ambulans yang sedang membawa orang sakit terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Berdasarkan peristiwa itu, mengingatkan saya kepada hukum qada dan qadar yang sering kita sebut sebagai takdir. Allah takdirkan apa yang akan berlaku di dunia ini sejak azali lagi. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku walaupun kita merancang yang terbaik pada hari itu. Apabila sampai masa yang ditakdirkan Allah, akan berlakukan peristiwa itu. Itulah yang dikatakan qada.

Jika kita boleh tentukan takdir sendiri sudah tentu kereta tunda itu tidak akan pecah tayarnya. Dan van ambulans itu tidak akan berlaku kemalangan. Jadi, sebagai manusia kita tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku esoknya, tetapi kita boleh merancang, soal jaya atau tidaknya perlulah diserahkan kepada Allah.

Berdasarkan itu, sebagai umat Islam kita wajar merancang masa depan kita, kewangan untuk persaraan, perlindungan harta, isteri dan anak-anak. Juga merancang kerja kebajikan yang berpanjangan. Mengapa kita perlu merancang semua itu? Sebabnya, kita tidak tahu apa akan jadi pada kita esok hari, tidak tahu apa yang akan terjadi kepada anak dan isteri kita.

Kalau kita merujuk kepada kisah kereta tunda di atas, walaupun tugasnya untuk menyelamatkan kenderaan lain, dia juga perlukan perancangan pelindungan pada waktu-waktu yang tidak dijangkakan. Bayangkan kalau kereta itu tidak membawa tayar ganti, sudah tentu kerana yang ditarik itu tidak sampai ke distinasi. Kerosakannya tidak dapat dibaiki.

Ya pada hari ini 99 peratus pemandu mengambil berat tentang tayar ganti itu. Ke manapun mereka pergi tayar itu akan dibawa bersama. Sungguhpun begitu ada juga pemandu yang tidak pernah ambil kisah dengan tayar itu sama ada anginnya cukup atau tidak sebelum berjalan. Ada yang sejak membelinya tidak pernah dilihat tayar itu.

Jadi, selain membawa tayar ke mana-mana, tayar itu juga perlu dilihat selalu agar anginnya cukup untuk digunakan ketika perlu. Itulah hakikat perlindungan yang perlu kita sediakan setiap hari. Perlindungan perlu disediakan sepanjang hidup kita bagi memenuhi keperluan yang kita tidak dijangkakan.

Etiqa Takaful boleh menyediakan perlindungan yang diperlukan manusia. Anda boleh rancang perlindungan yang diperlukan mengikut kemampuan anda sendiri. Kami boleh membantu anda bagi merealisasikan apa diperlukan itu walaupun ketika ketiadaan anda.

Percayalah dengan tabungan 10 peratus daripada pendapatan anda, anda dan keluarga anda akan mendapat 100 peratus perlindungan.

Sabtu, Januari 08, 2011

Bangga ada kedai cermin kereta milik pemuda Melayu

Kedai cermin kereta, memasang cermin kereta perlukan modal yang besar. Selain itu pemiliknya mestilah pakar dalam hal ehwal cermin. Kalau tidak, pemasangannya pasti tidak kemas dan boleh bocor. Selain itu, cermin itu kini ada yang tiruan, kalau dia tidak arif pasti dia memasang yang tidak bermutu.
Oleh sebab itulah kita jarang bersua dengan kedai cermin kereta yang dimiliki oleh orang Melayu. Mana-mana kita pergi pun kita akan bertemu dengan kedia milik orang Cina. Mereka banyak duit dan ada kepakaran tentang kerja-kerja itu. Inilah realiti yang tidak dapat dinafikan.
Tetapi tahukah anda, kini sudah ada kedai cermin milik orang Melayu, malah anak muda pula. Bertempat di Jalan Reko, Kajang, Selangor, selama lapan bulan yang lalu, telah menempah nama yang membanggakan. Pemiliknya, Ahmad Kamal Sahari berasal Sabah mempunyai cita-cita tinggi untuk membesarkan perniagaannya.
Tahniah Ahmad Kamil atas kejayaan anda. Kami doakan anda terus berjaya. Rakan-rakan yang mempunyai masalah cermin retak atau pecah bolehlah berkunjung ke kedainya. Boleh hubunginya di talian 03-8736 0606 atau h/p 013-207 8088 untuk membuat temu janji.

Sabtu, Januari 01, 2011

Al-Fatihah untuk Faizal


Ahmad Baei Jaafar

Pelakon Faizal Yusof disahkan meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini (1 jan 2011) di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. Demikian seperti yang dilaporkan Bernama.

Saya mewakili rakyat Malaysia dan peminatnya mengucapkan takziah buat isteri dan anaknya, juga mereka menangisi pemergiannya. Melihat kepada usianya kita tidak sangka dia akan pergi meninggalkan kita, apatah lagi perginya akibat serangan jantung. Persoalannya dia sudah tahu tentang sakitnya atau tidak? Memang sakit jantung tidak mengenal orang walaupun sebelum ini kita kenali sakit ini sebagai penyakit orang kaya-kaya.

Dalam kita bersedih dengan pemergiannya, kita perlu ingat juga akan diri kita di kala ini, adakah kita sihat dan apakah sudah ada perlindungan untuk diri dan keluarga. Kalau kita sudah ada sakit yang disahkan doktor, memang tidak boleh buat apa, tunggu sahajalah masa walaupun kita sudah berikhtiar makan ubat.

Tetapi kalau kita masih sihat dan mempunyai tanggungan, perlulah kita beringat sebelum diserang sakit kritikel. Suka saya mencadangkan anda mengambil perlindungan dengan syarikat takaful yang ada diluluskan di negara ini. Dengan mengambil perlindungan ini kita telah bersedia untuk melindungi anak dan isteri semasa ketiadaan kita yang tiba-tiba.

Memang mati tidak boleh dielak tetapi penderitaan orang yang kita tinggalkan boleh dielak. Wang pampasan yang diberikan kepada pasangan dan anak membolehkan mereka meneruskan kehidupan. Tetapi kalau kita tidak mati, sebaliknya terlantar di hospital, takaful akan melindungi kita. Dan isteri dan anak tidak terbeban dengan sebab itu.

Sungguhpun begitu kita tidak boleh juga berasa selesa kalau tidak mati dan tidak masuk hospital kerana ada kemungkinan kita terbujur kaku di atas katil di rumah sendiri. Dalam keadaan itu takaful akan melindungi kita dalam tempoh rawatan dan sekali lagi tidak membebankan isteri dan anak-anak.

Walau bagaimanapun kalau kita tidak mengalami apa-apa sakit, atau telah mendapat manfaat daripada takuful, wang kita yang disimpan dalam takaful itu tetap ada tanpa berkurangan malah bertambah hasil pelaburan takaful.

Jadi, dengan mengambil takaful kita secara tidak langsung telah membuat perlindungan, menyimpan dan pelaburan dan akhirnya menyumbang kebajikan kepada ahli takaful yang mengalami musibah.

Jadi, ambillah perlindungan dan dua amalan lain yang disebut di atas. Anda boleh dapatkan wakil perundingan takaful terdekat. Dan jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan lembah kelang bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan bantuan perundingan.

Isnin, Disember 27, 2010

Apa persiapan anda menjelang tahun baru

Ahmad Baei Jaafar

Selepas menyambut Maal Hijrah baru-baru ini, kita bersiap-siap pula untuk menyambut tahun baharu Masihi, 2011. Kalau Maal Hijrah kita diingatkan tentang hijrah, tahun Masihi pula kita diingatkan dengan pakaian anak sekolah. Itulah realiti orang Melayu di negara ini.

Walaupun orang lain turut sebuk menguruskan hal itu, namun orang Melayu lebih nampak serius. Bukan serius kerana terlalu mengambil berat hal pendidikan anak-anak tetapi, baru gelabah mencari wang. Ada yang mengharapkan wang zakat, harapkan bonus kerajaan dan belas kasihan orang ramai.

Kenapa orang Melayu tidak membuat persiapan awal dari awal tahun lagi? Miskin sangatkah orang Melayu sehingga soal pendidikan anak terpaksa mengharapkan kerajaan dan bantuan zakat dan orang ramai? Bayangkan kalau sebulan seseorang bapa atau ibu boleh menyimpan RM10 sudah tentu pada akhir tahun sudah ada RM120. Rasanya jumlah itu cukup untuk membeli baju dan kasut serta peralatan sekolah anak-anak.

Sepatutnya orang Melayu tidak susah kerana Allah selalu memerintahkan mereka dengan solat dan mengeluarkan zakat. Dua ibadah itu adalah pakej yang wajib diutamakan oleh umat Islam. Orang Melayu yang beragama Islam pasti taat perintah Allah lalu mereka akan menunaikan solat dan berzakat. Soalnya bolehkah orang miskin mengeluarkan zakat?

Terfikirkah kita kalau Allah perintahkan orang Islam mendirikan solat, dan menunaikan zakat, maka wajiblah ditunaikan. Jadi, bagaimana orang Islam atau orang Melayu boleh mengeluarkan zakat kalau mereka miskin. Maknanya secara tidak langsung Allah perintah kita supaya menjadi orang kaya yang masing-masing boleh mengeluarkan zakat. Bayangkan kalau semua orang Islam kaya, semua orang Melayu banyak wang, akan berlakukan senario yang disebut di atas?

Kalaupun kita tidak jadi kaya, setidak-tidaknya kita pandai berjimat berbelanja dan pandai menabung. Menabung di mana? Bukankah kita ada Tabung Haji, kita ada bank, kita ada syarikat saham dan kita boleh sertai koperasi. Tetapi berapa ramai yang menabung dalam syarikat tersebut? Memang terlalu sedikit.

Hakikatnya ramai orang Islam tidak sedar atau terlepas pandang bahawa mereka seharusnya menabung dan tempat yang paling sesuai buat masa ini ialah di dalam syarikat takaful. Kenapa? Ya, dengan menyimpan di dalam syarikat takaful, mereka secara langsung mendapat tiga manfaat. Pertama menyimpan sekali gus melabur, kedua melakukan kebajikan dengan menyumbang khairat kepada peserta lain, dan yang akhir mendapat perlindungan harta dan pendapatan.

Bayangkan kalau semua orang Melayu berbuat begitu, bila anaknya ingin memasuki universiti, wang itu boleh digunakan sehingga tamat pengajian. Apatah lagi kalau bapa-bapa anak-anak tersebut telah menabung secara khusus untuk mereka dalam takaful. Selepas tamat ijazah pertama, boleh disambung lagi untuk membuat master.

Inilah yang tidak pernah difikirkan oleh ibu bapa semasa anak mereka masih kecil. Bila ditanya, kenapa tidak mahu menabung semasa anak itu masih kecil, katanya masih awal lagi. Nanti besar tahulah apa yang hendak dilakukan. Yalah, kena pinjam PTPTN. Jadi, kita telah mengajar anak kita supaya berhutang sejak bersekolah lagi.

Betapa zalimnya kita, ibu bapa termasuk saya. Semasa muda tidak sedar hal ini. Kita biarkan anak kita dalam keadaan terpaksa pinjam PTPTN. Atas kesedaran inilah saya pada hari ini mengajak anda kalian agar menabung dengan takaful dari sekarang. Sayangilah anak-anak sebelum anda tiada.

Anda ingin mendapatkan khidmat rundingan kewangan anda, hubungi saya segera.

Rabu, Disember 08, 2010

Apakah ini anda?

Ahmad Baei Jaafar

Masa depan, anda yang menentukannya. Sudahkah anda menyimpan wang untuk masa depan anda dan anak-anak anda.

Pada usia 21 – 30

Hendak menyimpan duit sekarang?

Ah! Gaji saya tidak mencukupi.

Ah! Masih banyak masa lagi dan saya mahu berseronok dulu.

Tunggulah dulu.

Pada usia 31 – 40

Simpan wang sekarang?

Keluarga saya makin bertambah. Inilah saja wang yang mampu saya sediakan untuk menyara mereka.

Tunggulah sedikit masa lagi, mungkin rezeki bertambah.

Pada usia 41 – 50

Menyimpan sekarang?

Anak-anak masih menuntut di kolej. Saya tak cukup wang malah kena pinjam wang untuk bayar yuran mereka. Oleh sebab itu saya kenalah tunggu lagi untuk menyimpan.

Pada usia 51 – 60

Menyimpan wang sekarang?

Saya kenalah tunggu kenaikan gaji dulu. Tapi biasanya orang-orang rajin saja yang diberi kenaikan gaji.

Cari kerja lain?

Siapa yang nak ambil saya bekerja di usia ini. Saya hanya boleh munggu dan mengharap.

Pada usia 61 – 70

Menyimpan sekarang?

Apalah yang hendak disimpan lagi. Wang pencen dan pemberian anak pun belum mencukupi. Saya terpaksa tunggu ihsan orang lain.

Semalam yang berlalu menjadi sejarah

Esok belum tentu datang menjanjikan kebaikan

Yang tinggal hanya hari ini untuk anda lakukan perancangan simpanan anda.

Di mana anda harus menyimpan

Bank/Tabung Haji/ASB

Jumlah (RM)

Takaful

Jumlah(RM)

Simpan setahun

2,400

Simpan setahun

2,400

Simpan selama 30 tahun

72,000

Simpan selama 30 tahun

95,464

Keuntungan/ Faedah

3 – 4 %

Keuntungan/Mudharabah

5.5 %

Meninggal dunia (pada 10 tahun simpan)

24,000

Meninggal dunia (10 tahun simpan)

86,000

Meninggal dunia (sebab kemalangan)

101,000

Lumpuh

86,000

Lumpuh (sebab kemalangan)

101,000

Didiagnos penyakit kritikal

10,000

Elaun masuk wad

70.00(1hari)

Pelepasan cukai pendapatan

6,000

Kalau anda simpan di dalam takaful sehingga tarikh matang selama 30 tahun, anda akan beroleh keuntungan RM 782.10 setiap tahun iaitu lebih 30 peratus daripada simpanan anda. Bolehkah keuntungan itu diperoleh jika disimpan dalam bank?

Lihat analisis keuntungan di atas:

Takaful RM 95,464

Bank RM 72,000

Bandingan RM 23,464

Untung setiap tahun – RM 23,464 dibahagikan dengan 30 tahun = RM 782.10

Jika anda rancang kewangan dengan sebaiknya, sinario di atas tidak mungkin akan berlaku kepada anda. Jadi, rancanglah dari sekarang. Saya boleh membantu anda ke arah itu. Sebagai perunding takaful, kami tidak mengenakan sebarang cas, semuanya percuma.