Ahmad Baei Jaafar
Masa depan, anda yang menentukannya. Sudahkah anda menyimpan wang untuk masa depan anda dan anak-anak anda.
Pada usia 21 – 30
Hendak menyimpan duit sekarang?
Ah! Gaji saya tidak mencukupi.
Ah! Masih banyak masa lagi dan saya mahu berseronok dulu.
Tunggulah dulu.
Pada usia 31 – 40
Simpan wang sekarang?
Keluarga saya makin bertambah. Inilah saja wang yang mampu saya sediakan untuk menyara mereka.
Tunggulah sedikit masa lagi, mungkin rezeki bertambah.
Pada usia 41 – 50
Menyimpan sekarang?
Anak-anak masih menuntut di kolej. Saya tak cukup wang malah kena pinjam wang untuk bayar yuran mereka. Oleh sebab itu saya kenalah tunggu lagi untuk menyimpan.
Pada usia 51 – 60
Menyimpan wang sekarang?
Saya kenalah tunggu kenaikan gaji dulu. Tapi biasanya orang-orang rajin saja yang diberi kenaikan gaji.
Cari kerja lain?
Siapa yang nak ambil saya bekerja di usia ini. Saya hanya boleh munggu dan mengharap.
Pada usia 61 – 70
Menyimpan sekarang?
Apalah yang hendak disimpan lagi. Wang pencen dan pemberian anak pun belum mencukupi. Saya terpaksa tunggu ihsan orang lain.
Semalam yang berlalu menjadi sejarah
Esok belum tentu datang menjanjikan kebaikan
Yang tinggal hanya hari ini untuk anda lakukan perancangan simpanan anda.
Di mana anda harus menyimpan
Bank/Tabung Haji/ASB | Jumlah (RM) | Takaful | Jumlah(RM) |
Simpan setahun | 2,400 | Simpan setahun | 2,400 |
Simpan selama 30 tahun | 72,000 | Simpan selama 30 tahun | 95,464 |
Keuntungan/ Faedah | 3 – 4 % | Keuntungan/Mudharabah | 5.5 % |
Meninggal dunia (pada 10 tahun simpan) | 24,000 | Meninggal dunia (10 tahun simpan) | 86,000 |
| | Meninggal dunia (sebab kemalangan) | 101,000 |
| | Lumpuh | 86,000 |
| | Lumpuh (sebab kemalangan) | 101,000 |
| | Didiagnos penyakit kritikal | 10,000 |
| | Elaun masuk wad | 70.00(1hari) |
| | Pelepasan cukai pendapatan | 6,000 |
Kalau anda simpan di dalam takaful sehingga tarikh matang selama 30 tahun, anda akan beroleh keuntungan RM 782.10 setiap tahun iaitu lebih 30 peratus daripada simpanan anda. Bolehkah keuntungan itu diperoleh jika disimpan dalam bank?
Lihat analisis keuntungan di atas:
Takaful RM 95,464
Bank RM 72,000
Bandingan RM 23,464
Untung setiap tahun – RM 23,464 dibahagikan dengan 30 tahun = RM 782.10
Jika anda rancang kewangan dengan sebaiknya, sinario di atas tidak mungkin akan berlaku kepada anda. Jadi, rancanglah dari sekarang. Saya boleh membantu anda ke arah itu. Sebagai perunding takaful, kami tidak mengenakan sebarang cas, semuanya percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan