Sabtu, Januari 01, 2011

Al-Fatihah untuk Faizal


Ahmad Baei Jaafar

Pelakon Faizal Yusof disahkan meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini (1 jan 2011) di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di ibunegara akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. Demikian seperti yang dilaporkan Bernama.

Saya mewakili rakyat Malaysia dan peminatnya mengucapkan takziah buat isteri dan anaknya, juga mereka menangisi pemergiannya. Melihat kepada usianya kita tidak sangka dia akan pergi meninggalkan kita, apatah lagi perginya akibat serangan jantung. Persoalannya dia sudah tahu tentang sakitnya atau tidak? Memang sakit jantung tidak mengenal orang walaupun sebelum ini kita kenali sakit ini sebagai penyakit orang kaya-kaya.

Dalam kita bersedih dengan pemergiannya, kita perlu ingat juga akan diri kita di kala ini, adakah kita sihat dan apakah sudah ada perlindungan untuk diri dan keluarga. Kalau kita sudah ada sakit yang disahkan doktor, memang tidak boleh buat apa, tunggu sahajalah masa walaupun kita sudah berikhtiar makan ubat.

Tetapi kalau kita masih sihat dan mempunyai tanggungan, perlulah kita beringat sebelum diserang sakit kritikel. Suka saya mencadangkan anda mengambil perlindungan dengan syarikat takaful yang ada diluluskan di negara ini. Dengan mengambil perlindungan ini kita telah bersedia untuk melindungi anak dan isteri semasa ketiadaan kita yang tiba-tiba.

Memang mati tidak boleh dielak tetapi penderitaan orang yang kita tinggalkan boleh dielak. Wang pampasan yang diberikan kepada pasangan dan anak membolehkan mereka meneruskan kehidupan. Tetapi kalau kita tidak mati, sebaliknya terlantar di hospital, takaful akan melindungi kita. Dan isteri dan anak tidak terbeban dengan sebab itu.

Sungguhpun begitu kita tidak boleh juga berasa selesa kalau tidak mati dan tidak masuk hospital kerana ada kemungkinan kita terbujur kaku di atas katil di rumah sendiri. Dalam keadaan itu takaful akan melindungi kita dalam tempoh rawatan dan sekali lagi tidak membebankan isteri dan anak-anak.

Walau bagaimanapun kalau kita tidak mengalami apa-apa sakit, atau telah mendapat manfaat daripada takuful, wang kita yang disimpan dalam takaful itu tetap ada tanpa berkurangan malah bertambah hasil pelaburan takaful.

Jadi, dengan mengambil takaful kita secara tidak langsung telah membuat perlindungan, menyimpan dan pelaburan dan akhirnya menyumbang kebajikan kepada ahli takaful yang mengalami musibah.

Jadi, ambillah perlindungan dan dua amalan lain yang disebut di atas. Anda boleh dapatkan wakil perundingan takaful terdekat. Dan jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan lembah kelang bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan bantuan perundingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan