Selasa, Mei 18, 2010

Buatlah kebajikan secara terancang

Ahmad Baei Jaafar

Dalam sebulan berapa banyak wang yang anda buat kebajikan? Berapa banyak yang anda dermakan kepada orang sudah? Tidak dinafikan orang Melayu memang suka berderma, suka buat kebajikan. Bila ada tabung bencana, mereka akan hulurkan secepat kilat. Tetapi ada juga yang ragu-ragu lalu tidak mahu berderma kerana bimbang wangnya tidak sampai kepada sasarannya.

Jangan bimbang, sumbangan derma itu sudah Allah catatkan sebagai kebajikan walaupun wangnya tidak sampai kepada sasaran. Ertinya pahala tetap ada walaupun wang itu diselewengkan. Oleh sebab itu teruskan menyumbang.

Selain itu kalau di kampung-kampung malah kini sudah sampai ke bandar, orang ramai turut menyertai persatuan atau badan khairat kematian. Ada yang menyumbang setiap tahun sebanyak RM 30 hingga RM 50, atau ada yang menyumbang setiap kali berlaku kematian mengikut kadar yang ditetapkan oleh persatuan berkenaan.

Kenapa mereka sanggup menyumbang sejumlah itu? Adakah mereka mengharapkan mereka atau ahli keluarganya mati kemudian mereka beroleh pulangan seperti yang tawarkan? Sudah tentu tidak kerana setiap orang tidak pernah doakan kematian diri sendiri. Jelasnya mereka menyumbang untuk kebajikan ahli persatuan yang menerima musibah. Dengan kadar RM 30 pada tahun itu, dia dan ahli lain telah berjaya meringankan bebanan ahli-ahli keluarga yang meninggal dunia pada tahun itu.

Persoalannya kalau dia menyumbang secara individu apalah yang boleh dibuat dengan RM 30 atau RM 50? Beli kain kapan pun tidak cukup. Tetapi kalau sumbangan secara jemaah, mungkin RM 1000 atau lebih boleh diberikan kepada waris. Inilah nikmat berjemaah, hari ini kita tolong orang, esok-esok orang lain pula tolong kita.

Tetapi ada juga jenis manusia yang tidak mahu menyumbang dalam bentuk persatuan khairat kematian. Sekurang-kurangnya ada dua jenis manusia; orang kaya yang katanya, aku banyak duit, kalau keluargaku mati, hartaku tidak habis. Jadi tidak perlu masuk khairat kematian. Golongan kedua ialah orang miskin, katanya aku tak ada duit, setahun RM 30 tidak mampu dibayar. Lagipun kalau aku mati takkanlah tiada orang yang akan menolongku kerana mereka tahu aku miskin.

Dua golongan itu memang ada setiap zaman. Apakah mereka tahu nasib mereka pada masa depan terus baik seperti sekarang? Tidak ada jaminan dalam hal ini kerana miskin dan kaya bukan kerja kita. Kalau mereka susah tentu orang lain dalam keluarga mereka yang susah. Susah kerana terpaksa menanggung beban sepeninggalan si mati.

Tetapi tahukah anda, jika anda mengambil pelan takaful, setiap hari anda boleh menyumbang kebajikan kepada yang menghadapi musibah. Bukan sahaja kepada waris si mati tetapi juga kepada mereka yang cedera dalam kemalangan. Wang anda bukan sahaja memberi manfaat kepada anak kariah anda tetapi peserta seluruh Malaysia. Bayangkan berapa banyak pahala yang anda peroleh berbanding kaedah pertama dan kedua di atas.

Baca carta berikut:

Tahun

Akaun Peserta (AP)

Akaun Khas Peserta (AKP)

Pertama

0%

100%

Kedua

10%

90%

Ketiga

50%

50%

Keempat

75%

25%

Kelima

75%

25%

Akaun khas peserta adalah untuk sumbangan kebajikan. Pada tahun pertama sumbangan itu samalah seperti kaedah pertama dan kedua di atas, 100 peratus untuk kebajikan. Kalau peserta lain menerima musibah, wang itu diberikan kepadanya. Sebaliknya kalau kita yang menerima musibah, orang lain pula yang membantu kita.

Tetapi pada tahun kedua dan seterusnya, sebahagiannya telah dimasukkan dalam tabungan kita. Semakin banyak tahun kita menyertai takaful, wang tabungan kita akan bertambah (rujuk akaun peserta) dan pahala kebajikan kita juga terus berjalan. Pada masa yang sama wang itu akan dilaburkan dalam sistem mudharabah yang peserta akan beroleh 80% dan syarikat beroleh 20% daripada keuntungan keseluruhannya.

Maknanya dengan menyertai takaful anda boleh membuat kebajikan, menabung sambil melabur, dan membuat persiapan persaraan masa depan. Kalau begitu masih adakah orang yang rugi? Kalau kaedah pertama masih ada yang ragu, dan kedua ada yang tidak mahu menyumbang kerana takut rugi, tetapi dalam takaful, tiada yang rugi.

Selain itu, peserta boleh juga merancang masa depan, bila hendak pergi haji atau umrah, pendidikan anak-anaknya, dan bisnes selepas persaraan. Malah bagi yang baru bekerja, mereka boleh merancang perkahwinan. Semua itu boleh dilakukan jika anda bertemu dengan perundung takaful anda. Jika anda berada di Lembah Kelang boleh hubungi saya. Soal kebajikan dan ibadah haji atau umrah tidak elok ditangguhkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan