Ahmad Baei Jaafar
Tadi sewaktu aktiviti kempen meramaikan umat Islam membuat perlindungan dan tabungan melalui Takaful, kami didatangi seorang wanita, katanya, anaknya dapat 9A SPM 2009 lalu.
"Ooo, dengan etiqa takaful dapat anugerah pendidikan. Kami ambil etiqa untuk anak saya, dia dapat 9A, bolehkah dia dapat apa-apa anugerah itu?" tanyanya.
Dengan rasa bangga, kami minta dia membawa dukomen yang membuktikan pengakuannya. Setelah itu, bapa anak tersebut membawa dukomen yang dimaksudkan. Terkejut kami, rupanya yang diambil itu adalah etiqa insurans.
Dengan dukacita kami menjelaskan bahawa takaful sahaja yang menawarkan anugerah itu, insurans bukan urusan kami dan kami tidak tahu sama ada anugerah itu atau tidak. Dia ternyata kecewa.
Pemegang etiqa Takaful yang lulus SPM 8A akan diberikan anugerah RM1000 dan tahun ini akan diserahkan kepada pelajar itu di Kota Kinabalu. Ibu bapa dan anak itu akan diberi tiket percuma ke sana. Sayang dia tidak terpilih.
Di sini ingin saya jelaskan kepada pembaca blog ini bahawa etiqa terbahagi kepada takaful dan insurans. Kedua-duanya berbeza dan ditadbir oleh orang berlainan. Insurans jelas tidak islami dan mempunyai unsur riba, maisir dan gharar.
Jadi, sebagai orang Islam saya mencadangkan kepada anda semua supaya mencarum dengan takaful etiqa bagi menjamin kehalalannya. Banyak tawaran yang diberikan kepada pencarum selain perlindungan dan tabungan.
Membuat perlindungan masa muda dan sihat untuk kebaikan masa sakit dan masa tua yang tidak ada pekerjaan. Jangan kita membiarkan diri kita terdedah kepada masa depan yang kabur untuk yang tersayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan