Ahmad Baei Jaafar
Adakah kamu mengidap sebarang penyakit? Ada yang menjawab, Alhamdulillah saya tidak ada sakit. Adakah kamu sudah membuat perlindungan untuk masa depan? Katanya, saya tak ada harta dan tak ada sakit, apa yang hendak dilindungi. Apakah diri sendiri bukan harta? Kenapa kita lebih sayangkan harta, rumah, kereta dan lain-lain daripada diri sendiri? Apakah diri anda tidak perlu dilindungi?
Anda kata, sekarang ini sihat. Apakah anda ada jaminan boleh sihat buat selama-lamanya? Bukankah lebih kita beringat sebelum sakit. Setidak-tidaknya anda simpan di bank, melabur dan sebagainya. Mana tahu wang itu boleh digunakan waktu perlu.
Saya ada satu kes yang pernah diceritakan kepada saya, kisah seorang kawan rapatnya yang selalu dinasihatkan supaya menabung untuk pelindungan masa depan. Dia tidak mahu juga. Tiba-tiba lima tahun kemudian dia diberitakan kawan itu sakit terlantar di hospital. Demi kawan dia melawatinya. Waktulah kawan itu baru bertanya, “Sekarang bolehkah saya mengambil perlindungan melalui insurans kamu?” Maaf waktu ini insurans sudah tidak perlu lagi buat kamu.
Benar, perlindungan hanya perlu diambil ketika sihat untuk masa sakit yang tidak menentu, bukan waktu sakit baru hendak ambil. Bayangkan kalau lima tahun lalu dia mengambil perlindungan, bukan sahaja waktu sakit itu dia tidak perlu membayar wang rawatan, tidak perlu bayar yuran wad, malah dia dapat alaun setiap hari seperti mendapat gaji dalam tempoh tidak bekerja.
Menyedari kes yang menimpanya itu, dia memberitahu semua rakan yang menziarahinya supaya mengambil perlindungan sebelum terlantar sepertinya. Semua orang tidak tahu nasib masing-masing, apakah baik atau tidak, sihat atau tidak, jadi buatlah persiapan dari sekarang.
Dalam kes yang lain, dalam satu pertumuan dengan seorang kawan dia bertanya tentang kesihatannya. Katanya, dia sudah ada sakit orang kaya-kaya, ada sakit kencing manis dan jantung. “Sudahkah anda ambil perlindungan dan kad perubatan?” Katanya sudah tidak diterima. Memanglah kalau sudah serius tiada insurans yang sanggup terimanya.
Walau bagaimanapun kalau baru di peringkat awal Takaful boleh terima dengan syarat dia isytiharkan sakit itu dan membuat sedikit lagi tambahan daripada kadar biasa. Maknanya sumbangan perlu lebih banyak pada setiap bulan. Oleh sebab itu sebagai perunding takaful anda, saya mencadangkan supaya kita beringat sebelum apa-apa terjadi pada diri kita. Insya-Allah ketika kita susah takaful akan membantu anda.
Setiap umat Islam perlu merancang kewangan untuk masa depan, waktu persaraan, untuk kesenangan isteri dan anak. Jadilah umat yang bijak. Jangan sayangkan wang yang hanya sekadar RM100 atau lebih sebulan untuk masa depan. Kalau 10 peratus daripada pendapatan anda disimpankan untuk masa depan tentu tidak menjadi kudis waktu ini. Hal ini kerana 90 peratus lagi boleh dibelanjakan.
Buat temujanji dengan perunding takaful anda. Anda juga boleh hubungi saya iaitu bagi mereka yang berada di Lembah Kelang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan