Ahmad Baei Jaafar
Tadi saya berjumpa dengan kawan lama yang dulunya bukanlah hebat sangat dalam pelajaran. Tetapi kini, dia rupanya dalam kedudukan yang agar berjaya namun tetap sederhana. Dia berniaga sendiri yang bermula daripada kecil-kecilan. Setelah berbual mesra, saya bertanyakan rahsia kejayaannya.
Katanya dia sangat istiqamah dalam menabung untuk masa depannya dan keluarganya dari awal perniagaannya. Sebahagiannya dibuat modal bagi menambah rangkaian perniagaannya. Rezekinya agak murah lalu boleh dilakukan apa yang dia mahu.
Alhamdulillah daripada penjelasannya dia memang membuat persiapan awal untuk pendidikan anak-anaknya. Tetapi di mana dia menabung?
“Sudah berapa tahun menabung?” soalan saya.
“Sejak anak pertama dilahirkan” jawabnya.
“Di mana menabung?”
“Di Bank Islam,” Jawabnya.
Kagum saya dengan usahanya demi masa depan anaknya.
Bayangkan kalau sebulan dia menabung sebanyak RM100 x 12 x 18 = RM21 600
Kalau dia menyimpan di Bank Islam mungkin dividennya berjumlah RM500 ke RM 700. Tentu wang itu boleh digunakan untuk pendataran masuk Universiti dan persiapan lain untuk ke menara gading itu. Tetapi, apakah jaminan dia boleh menabung sebaik itu sehingga 18 tahun itu?
Kalau kita ada bisnes, bolehkah kita memberi jaminan akan terus maju dan meningkat. Kalau dia seorang pekerja yang baik, bolehkah ada jaminan bahawa dia boleh kekal di sini dan terus dinaikkan gaji. Banyak kemungkinan boleh berlaku; kena buang kerja atau kena potong gaji atau bisnes tidak maju lalu keuntungan merosot.
Apa kata kalau dalam rancak menabung, tiba-tiba pada usia anak itu 12 tahun dia kemalangan dan hilang upaya kekal, tentu jumlah tabungan yang diharapkan tidak tercapai. Ketika itu, pelajaran anaknya mungkin akan tergendala. Inilah risiko yang kita tidak mahu terjadi.
Tahukah anda dengan pelan takaful risiko itu boleh diatasi.
Simpanan biasa | Simpanan takaful | Manfaat |
Simpanan setahun 100X12= RM1,200 | Simpanan setahun RM 1,200 | |
Simpanan hingga 21tahun RM24,000 | Simpanan 21 tahun RM26,731 | Lebih RM2,731 |
Jika pembayar meninggal dunia, tabungan terhenti setakat hari itu | Takaful mengambil tanggungjawab melunaskan jumlah yang baki hingga tarikh matang. | |
| Jika anak meninggal dunia | Waris dapat RM77,612 |
| Jika anak lumpuh, hilang upaya kekal | Waris dapat RM77,612 untuk biaya rawatan |
| Elaun masuk hospital | Sehari RM30 |
| Anugerah intelek untuk UPSR, PMR, SPM | RM500 hingga RM1,000 |
Malang tidak berbau, walaupun kita tidak mahu berlaku kemalangan, namun semua itu tidak boleh dihalang daripada berlaku. Tetapi jika anak kita berjaya memasuki universiti, tabungan yang disediakan oleh anda boleh menjamin pelajaran anak anda terus cemerlang. Pada usia 18 tahun wang tabung boleh digunakan untuk pendaftaran seterusnya hingga tamat pengajian.
Umur mula menyumbang | Sebulan RM100 |
Umur 1 tahun | RM 35,200 |
Umur 2 tahun | RM 32,700 |
Umur 3 tahun | RM 30,300 |
Umur 4 tahun | RM 27,900 |
Umur 5 tahun | RM 25,700 |
Untuk membolehkan kewangan untuk membiayai pembelajaran di IPT mencukup maka sewajarnya anda menabung untuk anak anda di usia awal lagi. Jika dilewatkan, dibimbangkan wang itu tidak cukup untuk menampung kos pengajian di IPT yang semakin meningkat setiap tahun.
Jadi, dapatkan perunding takaful yang berhampiran anda untuk mendapatkan nasihat secara percuma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan