Ahmad Baei Jaafar
“Encik ada tabungan RM20 ribu sekarang?” tanya saya kepada jiran yang baru mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 3 tahun.
“Tak adalah sebanyak itu, kerana bila perlu dikeluarkan juga,” jawabnya ikhlas.
“15 tahun lagi anak ini akan masuk universiti, masa itu untuk masuk universiti mungkin RM50 ribu, sempat tak encik menabung?” tanya saya menduga.
“Tak tahulah, tapi apa susahanya, PTPTN kan ada, suruhkan anak saya mohon,” jawabnya dengan penuh yakin.
“Siapa nak bayar hutang itu?” tanya saya lagi.
“Dia bekerja nanti, dia bayarlah,” jawabnya.
Begitulah antara dialog yang sering saya hadapi setiap hari. Bapa langsung tidak rasa bersalah dalam soal pendidikan anak. Padahal urusan itu adalah urusannya. Tetapi oleh kerana ada PTPTN, ibu bapa terlalai daripada tanggungjawabnya.
Anak yang hendak belajar perlu berhutang dengan PTPTN, dan mereka perlu bayar sendiri. Sungguh bapa ini tidak bertanggungjawab. Dia langsung tidak mahu menabung dari sekarang sebagai persiapan untuk pendidikan anak.
“Encik, mahu tak saya tunjukkan cara yang boleh encik simpan dan bila sampai umur anak 18 tahun wang itu boleh digunakan untuk pendaftaran universiti. Dan bila tamat universiti pada usia 21 tahun, wang itu masih ada lagi?” tanya saya.
“Boleh juga, bagaimana caranya?” dia bersetuju.
Saya mencadangkan dia menyimpan dalam takaful untuk tempoh selama 20 tahun. Selain wang itu tidak hilang, setiap tahun dia akan peroleh 5 hingga 10 peratus daripada jumlah sumbangan tahunannya. Selain itu dia akan dilindungi apabila berlaku kecemasan.
Jadilah kita ibu bapa yang bertanggungjawab kepada pelajaran anak-anak yang semakin lama semakin besar tanggungannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan