Rabu, April 21, 2010

Matlamat anda bersama takaful

Ahmad Baei Jaafar

Kalau kita menabung dalam takaful, boleh tak kita tamatkan bila tidak mampu atau kita keluarkan apabila perlu? Inilah soalan yang sering saya temui daripada orang ramai. Inilah persepsi orang Melayu dalam hal ini. Padahal kerajaan mewajibkan pekerja simpan dalam KWSP, tidak seorang pun yang berfikir untuk mengeluarnya. Kenapa? Matlamatnya jelas untuk masa tua.

Sebelum ini pernah dijelaskan tujuan mengambil takaful adalah untuk menabung jangka panjang sewaktu kita tidak mampu menyediakan pendapatan lagi. Selain menabung sumbangan bulanan atau tahunan kita itu juga untuk tabarruk, buat kebajikan membantu orang yang menimpa bencana.

Pada masa yang sama, sumbangan kita juga turut dilaburkan dalam perniagaan yang halal yang apabila ada untung, peserta beroleh 80 peratus dan 20 peratus untuk takaful. Kalau kita tahu tujuan itu, apakah wajar kita nak keluarkan bila-bila masa? Oleh sebab itu betulkan niat kita untuk menabung, tabarruk dan melabur untuk masa depan. Kalau tidak, cukuplah menabung dalam bank biasa sahaja.

Menabung dalam takaful perlukan disiplin barulah ada jaminan kewangan pada masa depan. Maka selain perlindungan yang disediakan, anda boleh merancang kewangan untuk mengerjakan haji, pendidikan anak-anak dan juga kesihatan keluarga.

Katalah anda berusia 30 tahun merancang hendak mengerjakan haji 15 lagi iaitu pada usia 55 tahun, maka dengan menyumbang RM15 sebulan, anda boleh keluarkan 80 peratus daripada akaun peserta. Jika anda keluarkan 10 ribu, anda seorang sudah boleh mengerjakan haji. Jika wang di tabung haji juga sudah mencukupi, sudah tentu isteri atau anak boleh mengerjakan haji juga.

Begitu juga kalau anda merancang untuk pendidikan anak-anak. Pada usia anak anda 18 tahun, sebahagiannya boleh dikeluarkan untuk pendaftaran memasuki IPTA/S. Jadi, anak anda boleh belajar tanpa hutang dengan sesiapa dalam tempoh pengajian. Tetapi kalau anda ada wang yang lebih besar, lebih baik dibuat tabungan khas untuk anak anda.

Perlu dijelaskan di sini, jika tabungan ini berterusan sehingga tempoh matangnya, tabungan anda akan bertambah setelah dicampur dengan kadar keuntungan pelaburan.

Berdasarkan penjelasan di atas, menabung dengan takaful dapat menyelesaikan dua matlamat muamalat Islam iaitu:

1. Menegakkan muamalat Islam

2. Meningkatkan ekonomi umat Islam.

Bayangkan kalau semua umat Islam dapat menyertai takaful, hakikatnya mereka telah melaksanakan hukum fardhu kifayah dalam muamalat. Walaupun kita tidak berbakat dalam perniagaan, tetapi dengan penyertaan anda dalam takaful, anda sudah bermuamalat.

Jika anda sedar akan kepentingan muamalat ini, apa ditunggu lagi. Ayoh kita bersama bermuamalat. Dapatkan perunding takaful anda yang terdekat bagi mendapat nasihat daripadanya secara percuma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan