Sabtu, April 10, 2010

Kenapa anda perlu memilih takaful

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

  • Menjaga kebajikan sosial
  • Mewujudkan keharmonian sosial
  • Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri-Ciri Takaful

Takaful mempunyai empat ciri-ciri yang jelas sebagaimana yang dikehendaki Islam.

· Tiada unsur riba;

· Tiada unsur maisir (judi);

· Tiada unsur gharar;

· Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)

Konsep Tabarru'

Setiap peserta takaful akan saling membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Kebajikan ini dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Tabung tabarru' akan dikeluarkan untuk membayar kepada peserta yang memerlukan.

  • Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan/Membuat Derma Bersyarat/Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
  • Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
  • Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
  • Dengan konsep tabarru', unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
  • Daripada tabung tabarru' itulah manfaat dibayar.
  • Melalui tabarru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
  • Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa takaful bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
  • Wujudnya tabarru' menyebabkan peserta boleh sama-sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
  • Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
  • Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dengan insurans.


Konsep Al-Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

  • Mudharabah bermaksud perkongsian untung
  • Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
  • Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah berbeza daripada musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
  • Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga
  • Mudharabah dibenarkan oleh agama
  • Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
  • Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
  • Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
  • Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

Berdasarkan cirri-ciri dan konsep yang diperkenalkan dalam takaful, umat Islam seharus sama-sama menyertai takaful. Kita mungkin tidak ada masa untuk menyumbang kebajikan kepada orang lain, tetapi dengan menyertai takaful, kita boleh menyumbang walaupun kita tidak sedar.

Dapatkan temujanji anda dengan perunding takaful etiqa yang terdekat untuk menjadi peserta. Jangan tangguh kerana masa yang berlalu akan mengurangkan masa kita untuk bertabarru’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan