Rabu, Januari 12, 2011

Kenapa anda perlu sentiasa bawa tayar ganti

Ahmad Baei Jaafar

Sewaktu pulang ke rumah siang tadi saya ternampak sebuah kereta tunda yang sedang menunda kereta kancil, secara tiba-tiba berhenti. Rupanya tayar keretanya pancit. Saya tidak dapat nak bayangkan bagaimana kereta yang digunakan untuk menolong orang juga ada masalah. Sebelum ini saya juga pernah berjumpa sebuah van ambulans yang sedang membawa orang sakit terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Berdasarkan peristiwa itu, mengingatkan saya kepada hukum qada dan qadar yang sering kita sebut sebagai takdir. Allah takdirkan apa yang akan berlaku di dunia ini sejak azali lagi. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku walaupun kita merancang yang terbaik pada hari itu. Apabila sampai masa yang ditakdirkan Allah, akan berlakukan peristiwa itu. Itulah yang dikatakan qada.

Jika kita boleh tentukan takdir sendiri sudah tentu kereta tunda itu tidak akan pecah tayarnya. Dan van ambulans itu tidak akan berlaku kemalangan. Jadi, sebagai manusia kita tidak boleh menjangkakan apa yang akan berlaku esoknya, tetapi kita boleh merancang, soal jaya atau tidaknya perlulah diserahkan kepada Allah.

Berdasarkan itu, sebagai umat Islam kita wajar merancang masa depan kita, kewangan untuk persaraan, perlindungan harta, isteri dan anak-anak. Juga merancang kerja kebajikan yang berpanjangan. Mengapa kita perlu merancang semua itu? Sebabnya, kita tidak tahu apa akan jadi pada kita esok hari, tidak tahu apa yang akan terjadi kepada anak dan isteri kita.

Kalau kita merujuk kepada kisah kereta tunda di atas, walaupun tugasnya untuk menyelamatkan kenderaan lain, dia juga perlukan perancangan pelindungan pada waktu-waktu yang tidak dijangkakan. Bayangkan kalau kereta itu tidak membawa tayar ganti, sudah tentu kerana yang ditarik itu tidak sampai ke distinasi. Kerosakannya tidak dapat dibaiki.

Ya pada hari ini 99 peratus pemandu mengambil berat tentang tayar ganti itu. Ke manapun mereka pergi tayar itu akan dibawa bersama. Sungguhpun begitu ada juga pemandu yang tidak pernah ambil kisah dengan tayar itu sama ada anginnya cukup atau tidak sebelum berjalan. Ada yang sejak membelinya tidak pernah dilihat tayar itu.

Jadi, selain membawa tayar ke mana-mana, tayar itu juga perlu dilihat selalu agar anginnya cukup untuk digunakan ketika perlu. Itulah hakikat perlindungan yang perlu kita sediakan setiap hari. Perlindungan perlu disediakan sepanjang hidup kita bagi memenuhi keperluan yang kita tidak dijangkakan.

Etiqa Takaful boleh menyediakan perlindungan yang diperlukan manusia. Anda boleh rancang perlindungan yang diperlukan mengikut kemampuan anda sendiri. Kami boleh membantu anda bagi merealisasikan apa diperlukan itu walaupun ketika ketiadaan anda.

Percayalah dengan tabungan 10 peratus daripada pendapatan anda, anda dan keluarga anda akan mendapat 100 peratus perlindungan.

2 ulasan:

  1. Mereka yang berusia 40-an masih boleh merancang kewangan ke? Apa yang boleh dicadangkan kepada mereka.

    BalasPadam
  2. Etiqa ada pelan perlindungan sehingga usia 88. Tapi kita hanya boleh memilih sama ada untuk menyimpan hingga usia 55, atau 60 atau 65.
    Simpanan itu jadi seperti KWSP yang boleh dikeluarkan apabila perlu. Namun perlindungan tetap ada sehingga usianya 88 tahun. Kalau begitu, mereka yang sudah hampir pencen boleh pilih pelan ini.

    BalasPadam