Isnin, Julai 19, 2010

Pelindungan kemalangan diri musim perayaan

Ahmad Baei Jaafar

Sebahagian besar masyarakat kita apabila ditanyakan tentang apakah persiapan bagi menjamin pelindungan diri, mereka jawab tidak mahu fikir. Tidak kurang juga yang berkata saya sudah ada insurans kereta. Ada juga secara sinis berkata kita tidak perlu fikirkan apa yang ditakdirkan Allah.

Memang kita tidak perlu fikir apa yang akan terjadi terhadap diri kita, tetapi bukankah lebih baik kita fikirkan apa yang akan terjadi kepada anak isteri kita kalau kita terjadi apa-apa kemalangan. Bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan jika kita tidak sediakan kewangan yang secukupnya sebelum kemalangan? Isteri yang tidak bekerja sudah tentu akan memulakan kerja baru untuk menyara kehidupannya dan anak-anak.

Mengimbau kembali musim perayaan pada tahun-tahun lalu, kemalangan banyak berlaku dalam kalangan umat Islam. Memang kita tidak minta untuk mati dan kita pun tidak mahu mati lagi, dan kita pun tidak mahu doakan supaya kita mati, tetapi siapa yang tahu bahawa Allah nak ambil nyawa kita pada musim perayaan? Namun pengalaman yang lampau memperlihatkan kemalangan berlaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangkakan.

Ya, mungkin sesetengah orang tidak risau sangat kalau dia mati dalam kemalangan itu, kerana padanya orang yang hidup itu boleh meneruskan kehidupan dengan pelbagai ikhtiar. Tetapi bagaimana kalau anda tidak mati tetapi cedera parah atau hilang upaya kekal? Tidakkah ini akan menyusahkan mereka yang hidup untuk menjaga anda kalau anda tidak mempunyai tabungan yang cukup untuk itu?

Di sinilah rasionalnya kenapa kita perlu membuat persiapan perlindungan kemalangan diri. Kalau selama ini kita sudah buat persiapan perlindungan untuk kenderaan, mengapa tidak lakukan yang sama untuk diri sendiri? Mana yang lebih penting dan lebih disayanginya antara kereta dengan diri? Kenapa kita sanggup beli insurans untuk kereta tetapi tidak untuk diri sendiri?

Jawapan mudah ialah kerana insurans wajib dibeli untuk dapatkan cukai jalan. Cuba bayangkan kenapa kerajaan wajibkan. Tentulah untuk melindungi kereta itu jika berlaku kemalangan. Kalau kereta itu rosak, insurans akan bayar kos baik pulihnya. Begitu juga kalau kereta orang lain rosak dengan sebab kita, insurans kita akan membiayai kos baik pulihnya. Tetapi kalau dalam kemalangan itu kita yang cedera parah, insurans itu tidak boleh biayai apa-apa pun. Jadi, patutkah kita sayangkan kereta lebih dari diri sendiri? Anda tentu tahu jawapannya.

Oleh sebab itu, selain kerajaan wajibkan insurans untuk kereta, kita juga perlu wajibkan perlindungan untuk diri sendiri. Takaful telah menyediakan perlindungan kemalangan diri dan keluarga untuk keselesaan hidup kita pada masa hadapan. Dengan menyertai takaful kita dan keluarga akan dilindungi, bukan dilindungi daripada terjadi kemalangan tetapi kewangan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan anda dan keluarga kita seterusnya.

Walau bagaimanapun jika kita terselamat daripada sebarang kemalangan, wang yang kita sumbangkan secara bulan itu akan menjadi milik kita sepenuhnya, malah akan berlebihan kerana wang itu telah dilaburkan dalam perniagaan yang dihalalkan syariat. Pada masa yang sama sepanjang kita menyertai takaful, setiap saat kita turut menyumbang kebajikan kepada peserta lain yang kemalangan.

Jadi, jangan tunggu lagi, ambillah peluang ini sebelum menjelang musim perayaan. Kelewatan kita bertindak memungkinkan anda menyesal kemudian hari. Sebagai perunding takaful, saya mengalu-alukan penyertaan anda. Hubungilah saya sebelum malaikatulmaut menghubungi anda.

1 ulasan:

  1. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    BalasPadam