Sabtu, Februari 27, 2010

SEMASA PENCEN Cukupkah KWSP anda sepanjang tempoh hayat

Ahmad Baei Jaafar

Jika anda pegawai kerajaan, tentu hidup anda agak terjamin semasa pencen kerana sekurang-kurangnya separuh daripada gaji anda sekarang akan diperoleh setiap bulan sehingga meninggal dunia. Wang pencen itu bolehlah digunakan untuk kehidupan kedua-dua suami isteri dengan selesa kerana mereka tidak perlukan lagi perbelanjaan besar.

Kalau anda pekerja di sektor swasta kehidupan anda selepas pencen agak mewah kerana wang KWSP boleh dikeluarkan semuanya untuk membiayai kehidupan mereka. Tetapi jika mereka tidak pandai mengurus, tiga bulan kemudian semuanya akan habis. Selepas itu mereka akan kembali miskin.

Walau bagaimanapun dalam situasi itu bolehkah kita memberi jaminan bahawa anak kita beroleh pelajaran tanpa menanggung hutang, kita sihat tanpa perlu mendapat rawatan di hospital, dan segala hutang anda sudah diselesaikan sebelum pencen. Kalau begitulah keadaanya, anda adalah beruntung.

Sebaliknya jika anda tiada jaminan semua itu atau salah satu daripadanya, anda seharusnya belajar untuk serius memikirkan hari-hari anda semasa tua; apakah pendapatan anda selepas pencen; apakah perlindungan untuk keluarga; apakah persediaan untuk rawatan kesihatan. Namun janganlah “bila hendak terberak baru hendak menggali lubang.”

Situasi sekarang

UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.

UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (ini juga memerlukan PERBELANJAAN). Sekiranya dalam sebulan anda memerlukan:

Sebulan

Setahun

20 tahun

RM 1,000.00

RM12,000

RM 240,000.00

RM 500.00

RM 6,000.00

RM 120,000.00

Antara dua keadaan itu mana yang anda boleh miliki sewaktu pencen untuk sampai ke 20 tahun. Jika anda mampu, bagaimana pula dengan keadaan yang tidak dijangka seperti kemalangan dan rawatan di hospital? Ya jika anda gagal untuk menyimpan semasa 35 tahun bekerja, tentu anda tidak mampu menyimpan selepas bersara. Jadi, dalam keadaan apapun anda perlu ada disiplin untuk menyimpan pada usia anda masih bekerja.

Persoalannya, bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan? Lazimnya kita tidak mampu. Mereka yang ada kesedaran di atas dan tidak mampu sesungguhnya anda masih boleh dibantu. Sila hubungi saya untuk dapatkan khidmat perundiang kewangan anda.

Khamis, Februari 25, 2010

Bagaimana simpan dan melabur selain mendapat perlindungan

Ahmad Baei Jaafar

Tadi saya berjumpa dengan kawan lama yang dulunya bukanlah hebat sangat dalam pelajaran. Tetapi kini, dia rupanya dalam kedudukan yang agar berjaya tetapi sederhana. Dia berniaga sendiri yang bermula daripada kecil-kecilan. Setelah berbual mesra, saya bertanyakan rahsia kejayaannya.

Katanya dia sangat istiqamah dalam menabung untuk masa depannya dan keluarganya dari awal perniagaannya. Sebahagiannya dibuat modal bagi menambah rangkaian perniagaannya. Rezekinya agak murah lalu boleh dilakukan apa yang dia mahu.

Alhamdulillah daripada penjelasannya dia memang membuat persiapan awal untuk pendidikan anak-anaknya. Tetapi di mana dia menabung?

“Sudah berapa tahun menabung?” soalan saya.

“Sejak dilahirkan” jawabnya.

“Di mana menabung?”

“Di Bank Islam,” Jawabnya.

Kagum saya dengan usahanya demi masa depan anaknya.

Bayangkan kalau sebulan dia menabung sebanyak RM100 x 12 x 18 = RM21 600

Kalau dia menyimpan di Bank Islam mungkin dividennya berjumlah RM500 ke RM 700. Tentu wang itu boleh digunakan untuk pendataran masuk Universiti dan persiapan lain untuk ke menara gading itu. Tetapi, di sini timbul persoalan di hati saya, apakah dia mempunyai jaminan boleh menabung sebaik itu sehingga 18 tahun itu.

Kalau kita ada bisnes, bolehkah kita jamin akan terus maju dan meningkat. Kalau dia seorang pekerja baik, bolehkah ada jaminan dia boleh kekal di sini dan terus dinaikkan gaji. Banyak kemungkinan boleh berlaku; kena buang kerja atau kena potong gaji atau bisnes tidak maju lalu keuntungan merosot.

Kalau di pertengahan dia rancak membayar, tiba-tiba pada usia anak itu 12 tahun dia meninggal dunia, tentu jumlah di atas itu tidak tercapai. Pelajaran anaknya mungkin akan tergendala. Inilah risiko yang kita tidak mahu berlaku. Tetapi bolehkah kita menghalangnya. Tentulah tidak boleh sebab semuanya telah berlaku dengan takdir Allah.

Di kesempatan itu saya cuba membantunya bagi mengelak risiko. Saya nyatakan kepadanya bahawa keadaan dan risiko di atas dapat diatasi kalau kita membuat simpanan dan pelaburan dalam etiqa takaful. Selain mendapat perlindungan, manfaat hospital, wang kita tidak habis malah bertambah kerana sebahagian besar wang itu dilaburkan.

Malang tidak berbau tetapi jika pembayar kemalangan, lalu hilang upaya, sumbangan bulanannya akan ditanggung oleh takaful. Ertinya semuanya akan berjalan seperti yang dipersetujui sehingga matang. Malah jika pembayar atau peserta itu meninggal dunia, sudah disediakan khairat kematian untuk warisnya.

Selain itu jika peserta yang tiba-tiba hilang sumber pendapatan setelah lebih enam tahun menyertainya, sumbangan bulanannya juga akan dicover sehingga tempoh matangnya. Walau bagaimanapun jika belum sampai enam tahun menyumbang, jumlah yang terkumpul akan dikembalikan bersama keuntungan yang diperoleh setakat itu.

Di sini saya menasihatkan semua pihak agar menyimpan, melabur dan mendapat perlindungan melalui etiqa takaful. Segala urusan anda menjadi mudah.

Ahad, Februari 14, 2010

Merancang Kewangan melalui eTiQa Takaful

· Pernahkah anda membuat perancangan kewangan???
Simpan semasa belajar, melabur semasa bekerja, berjimat semasa berkeluarga, dan sedikit untuk sumbangan kebajikan. Kadang-kadang perkara yang dirancang tidak menjadi reality.

· Adakah anda terfikir untuk merancang kewangan sebagai simpanan hari tua???
Menabung dalam Tabung Haji, ASN, KWSP, dan koperasi. Ramai juga yang setelah pencen semua wang tersebut dalam tempoh tiga bulan.

· Pernahkah terlintas di fikiran anda bagaimana untuk membayar kos rawatan yang amat tinggi???
Hari ini masuk wad ada bayaran, ubat ada bayaran, pembedahan ada bayaran, malah jumpa doktor juga ada bayarannya. Bayarannya bukan sedikit. Ramai yang gagal mendapatkannya, lalu mati sebelum sempat mendapat rawatan pakar.

· Pernahkah anda terfikir ke manakah tempat sesuai untuk melabur wang anda???
ASN, ASB, Bursa, bank-bank yang menyediakan pelaburan mungkin sesuai untuk anda. Tapi anda kurang yakin dengan kehalalan produk itu, mungkin ada riba dan sebagainya.

· Adakah anda tidak terfikir untuk menabung bagi pendidikan anak-anak anda???
Hari ini kerajaan hanya menyediakan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah, namun ada juga yang kena bayar. Kalau nak masuk universiti kena bayar dalam kadar yang lebih seribu. Lazimnya anak-anak kita sudah mula berhutang untuk belajar. Sudahkah anda menabung untuk mereka?

· Adakah anda tefikir untuk mendapatkan perlindungan prima di samping anda menyimpan dan melabur serta beramal jariah???
Anda dapat perlindungan dari syarikat insurans untuk masa depan. Anda mungkin akan mendapat pambasan atau keluarga mendapat pampasan jika anda meninggal dunia setelah posmotem. Tetapi bolehkah wang yang sama dimanfaatkan untuk orang lain? Wang insurans haram kalau diberikan kepada orang bermakna kita memberi sumbangan wang haram.

· Banyak lagi kemusykilan-kemusykilan yang bermain-main di fikiran anda???
Tahukah anda semua persoalan itu akan terjawab hanya dengan takaful.

Saya sebagai ejen eTiQa Takaful menawarkan diri untuk membantu anda dalam merancang kewangan anda. Hubungi saya untuk temujanji h/p: 017-8844013 atau SMS sahaja.

Sabtu, Februari 13, 2010

Sudahkah anda lakukan muhasabah?

Apakah tanda sayang anda kepada isteri dan anak anda? Sudahkah anda lakukan perancangan untuk jaminan diri dan keluarga tersayang? Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas diri anda?
Bukan kita hendak merancang sesuatu yang negatif, tetapi siapa yang boleh jamin bahawa terus sihat, terus boleh bekerja, terus hidup bersama keluarga dalam keadaan yang selesa. Pengalaman yang lalu menunjukkan tiada siapa yang boleh menolak takdir. Sedangkan kita tidak tahu apakah keadaan masa depan kita.
Sudahkah anda bersedia meneruskan hidup jika tiba-tiba anda hilang pekerjaan?
Apakah yang akan terjadi jika anak-anak anda masih membesar dan perlukan pendidikan di peringkat tinggi?
Berapa simpanan anda yang boleh digunakan untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak jika anda tiba-tiba sakit?
Jangan biarkan anda terus berhutang untuk itu. Jangan membiarkan anak anda berhutang untuk meneruskan pelajaran. Jangan bebankan orang lain untuk mengambil alih tanggungjawab anda terhadap keluarga.
Ketahuilah eTiQa Takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah:
1. Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal.
2. Elaun Harian Hospital.
3. Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia).
4. Pampasan 28 jenis Penyakit Kritikal.
5. Tabung Pendidikan Anak (Program Anak Angkat dan Biasiswa).
6. Simpanan untuk persaraan.
7. Jaminan Haji dan Umrah.
8. Tabung Kecemasan.

Keistimewaan lain yang bakal anda peroleh ialah:
1. Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA.
2. Perlepasan cukai pendapatan.
3. Perkongsian untung ( Mudharabah 80:20).
4. Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.
5. Amal jariah.
6. Muamalat Islam.
Saya percaya anda sudah ada pengalaman seperti yang saya sebutkan di atas. Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, anda boleh hubungi saya. Mungkin satu plan perancangan kewangan boleh saya syorkan untuk anda.

TAKAFUL - PILIHAN MENEPATI SYARA'

Takaful ialah konsep jaminan bersama yang berlandaskan kepada syariah Islam. Operasinya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Hal ini berbeza dengan sistem insurans konvesional, walaupun kejayaannya pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak Islam.

Walau bagaimanapun, oleh sebab pada suatu ketika dahulu, takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvensional adalah darurat. Namun Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, telah mengambil keputusan seperti berikut; Insuran nyawa (Life Insurance) sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:
1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
2. Mengandungi unsur judi.
3. Mengandungi muamalah riba.

Berdasarkan keputusan itu dan dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), maka penyertaan ke atas sistem insurans konvensional tidak lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara-perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.